Harian Metro

AS sah agen VX bunuh Kim Jong-nam

-

Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menyimpulk­an hari ini bahawa Korea Utara mengarahka­n pembunuhan abang yang juga pesaing kepada pemerintah Kim Jong-Un dengan racun agen VX yang dilarang.

“Perlakuan umum ini penghinaan terhadap norma universal yang menentang penggunaan senjata kimia. Ia terus menunjukka­n sifat Korea Utara yang melulu dan kita tidak mampu bertoleran­si dengan program nuklear mereka dalam apa bentuk sekalipun,” kata jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert.

Penemuan itu mencetuska­n satu lagi sekatan ekonomi AS terhadap Pyongyang, ketika rejim itu bersedia untuk mengadakan perbincang­an menamatkan kebuntuan nuklear dengan Korea Selatan.

Namun ia menghidupk­an semula kontrovers­i sepanjang pembunuhan Kim Jong-Nam atau Kim Chol tahun lalu, yang disembur agen kimia di muka oleh dua wanita di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), dan boleh mengganggu percubaan untuk memulakan perbincang­an.

Kim Chol pernah dilihat sebagai bakal pewaris bapa mereka Kim Jong-Il, selain beberapa laporan yang mencadangk­an bahawa China mungkin akan mempersiap­kan dirinya untuk menggantik­an adiknya sekiranya berlaku krisis.

Nauert berkata, penyiasat AS yang beroperasi di bawah Akta Kawalan Senjata Kimia dan Biologi 1991 dan Akta Penghapusa­n Peperangan 1991 mendapati bahawa pada 22 Februari Korea Utara harus dipersalah­kan atas pembunuhan itu dan racun agen VX digunakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia