Harian Metro

Budak 3 tahun dirogol dalam bas iPhone terkunci 47 tahun

- Agensi

Kolkata: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun dirogol dengan kejam dalam bas mewah berkunci oleh seorang tukang cuci ketika abangnya mengetuk pintu berulang kali merayu mangsa dilepaskan.

Menurut laporan media India semalam, dalam kejadian Selasa lalu, Sheikh Munna, 45, dipercayai mengumpan mangsa masuk ke dalam bas yang diparkir dengan menjanjika­n coklat ketika kanak-kanak itu bermain dengan abangnya berusia lima tahun.

NDTV melaporkan, sebaik mangsa menghampir­inya, Munna mengheretn­ya masuk ke dalam bas itu dan mengunci pintu menyebabka­n kanak-kanak itu menjerit.

Abangnya yang panik menjerit sambil mengetuk pintu bas berulang kali dan apabila tidak diendahkan, dia pulang mendapatka­n ibunya serta jiran yang bergegas menyerbu bas berkenaan.

Mereka kemudian membelasah Munna sebelum menyerahka­nnya kepada polis.

Hindustan Times memetik seorang pegawai polis berkata, mangsa ditemui berlumuran darah di atas kerusi dengan pakaiannya koyak dan kini dirawat di hospital.

Sementara itu, bapa saudara mangsa memberitah­u Times of India: “Kami melihatnya terbaring berlumuran darah. Tangan dan seluar Munna juga dipenuhi darah.” Agensi

Seorang budak lelaki berusia dua tahun di Shanghai menyebabka­n iPhone ibunya terkunci selama 47 tahun selepas berulang kali memasukkan kata laluan salah ketika bermain telefon itu.

Dalam kejadian bulan lalu, wanita berkenaan meninggalk­an telefon untuk anaknya menonton video pendidikan dalam talian.

Menurut laporan Kankanews.com, apabila pulang ke rumah, wanita berkenaan memeriksa telefonnya dan mendapati ia terkunci selama 25 juta minit selepas kekunci ditekan berulang kali ketika kata laluan diminta.

Menurut laporan, setiap kali kekunci yang salah ditekan, telefon itu terkunci untuk satu tempoh.

Juruteknik di kedai Apple di Shanghai berkata, wanita itu sama ada boleh menunggu sehingga tempoh itu habis untuk memasukkan semula kata laluannya atau menghapusk­an semua perisian dan memasukkan perisian baru.

Juruteknik itu, Wei Chunlong juga berkata, dia pernah melihat telefon dilumpuhka­n melebihi 80 tahun akibat perbuatan sama.

Sementara itu, South China

 Anak berulang kali masukkan kata laluan salah ketika bermain telefon

Morning Post melaporkan wanita terbabit yang cuma dikenali sebagai Lu menunggu hampir dua bulan sebelum membawanya ke kedai.

“Tak mungkin saya tunggu 47 tahun dan beritahu cucu saya kelak, bapanya yang menyebabka­n kejadian ini,” katanya yang dipetik media tempatan.

 ??  ?? SEORANG aktivis cuba mengelak daripada ditahan polis ketika tunjuk perasaan dan mogok berterusan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang dikenakan ke atas dapur komuniti percuma di Kuil Emas di Amritsar, India, semalam. - EPA SEORANG lelaki...
SEORANG aktivis cuba mengelak daripada ditahan polis ketika tunjuk perasaan dan mogok berterusan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang dikenakan ke atas dapur komuniti percuma di Kuil Emas di Amritsar, India, semalam. - EPA SEORANG lelaki...
 ?? Lu ?? WANITA dikenali sebagai Lu bersama anaknya berusia dua tahun yang menyebabka­n iPhone wanita itu terkunci selama 47 tahun. - Agensi Tak mungkin saya tunggu
47 tahun dan beritahu cucu saya kelak, bapanya yang menyebabka­n kejadian ini”
Lu WANITA dikenali sebagai Lu bersama anaknya berusia dua tahun yang menyebabka­n iPhone wanita itu terkunci selama 47 tahun. - Agensi Tak mungkin saya tunggu 47 tahun dan beritahu cucu saya kelak, bapanya yang menyebabka­n kejadian ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia