Harian Metro

Ada duit, bayar segera

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Tiada penyelesai­an segera berhubung wang kemenangan Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) berjumlah RM166,000, kata Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab

Katanya, syarikat yang menguruska­n perlumbaan berkenaan, LifeProFit Sdn Bhd masih berusaha mencari peruntukan untuk menyelesai­kan hutang itu.

Dalam masa sama, beliau tidak menolak kemungkina­n tindakan undang-undang terpaksa diambil sekiranya ia tidak dapat selesaikan.

(gambar).

“Tempoh 90 hari selepas perlumbaan yang diberikan Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) sudah lama berakhir. Saya sendiri ada berhubung dengan pihak mereka yang kemudian menjelaska­n sedang berusaha mencari peruntukan.

“Kita berharap perkara ini dapat diselesaik­an sebelum JM2018 yang dijadualka­n pada Oktober. PKBM tidak akan membiarkan ia berpanjang­an dan tidak menolak menggunaka­n tindakan undang-undang,” katanya semalam.

Sukan NSTP kelmarin melahirkan keluhan pelumba berpengala­man negara, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi kerana masih belum mendapat wang kemenangan dua perlumbaan berstatus 2.2 Jelajah Asia yang berlangsun­g tahun lalu.

Dua perlumbaan berkenaan diuruskan syarikat dan berakhir pada Oktober.

Menurut Abu Samah, PKBM masih belum mendapat senarai terperinci jumlah wang kemenangan setiap pelumba kerana syarikat yang menguruska­n aspek keputusan perlumbaan tidak mahu memberikan­nya.

Katanya, ini kerana mereka juga mahukan bayaran yang masih belum dilangsaik­an. Situasi berbeza berhubung wang kemenangan Tour de Selangor (TdS) 2017 dengan Abu Samah menjelaska­n, ia berpunca daripada kegagalan LifeProFit Sdn Bhd menyerahka­n laporan penuh perlumbaan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor.

“Saya fikir peruntukan sudah ada, namun pengurus acara tidak menghantar laporan penuh kepada MSN Selangor. Jadi pembayaran tidak dapat dilakukan,” katanya.

TdS yang pertama kali dianjurkan menawarkan hadiah kemenangan mencecah RM80,000.

“Jadi bermula tahun ini, syarikat yang mahu menguruska­n perlumbaan seperti ini perlu deposit wang

 PKBM sedia ambil tindakan undang-undang jika penganjur JM gagal tepati masa ditetapkan

kemenangan kepada PKBM dua bulan sebelum ia berlangsun­g atau berdepan risiko dibatalkan,” tegas Abu Samah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia