Harian Metro

Juwaidi kecundang, Sazatul akur...

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Hasrat untuk menyaksika­n dua pemanah negara meraih emas pada siri pertama Piala Asia di Bangkok, semalam tidak kesampaian apabila Mohd Juwaidi Mazuki dan Sazatul Nadhirah Zakaria kecundang di pentas final.

Juwaidi terpaksa akur di tangan Alexander Dambaev dari Russia dengan perbezaan tujuh mata selepas hanya mampu mengumpul 140 mata.

“Mungkin tiada rezeki kerana saya berdepan sedikit masalah dengan peralatan. Ia menjejaska­n peluang saya.

“Namun saya melihatnya secara positif dengan tahap keyakinan beraksi di final adalah tinggi menjelang aksi berpasukan esok (hari ini),” kata pemanah berpengala­man negara itu.

Sazatul Nadhirah turut kecundang di pentas final kepada pemanah dari India, Muskan Kiran, 136-139.

“Ini kali ketiga saya mewakili Malaysia dan melakar pencapaian tertinggi dengan meraih perak. Ia memberi banyak pengalaman kerana pertama kali di pentas final.

“Perasaan gemuruh antara menjadi punca kurang yakin untuk melakukan panahan,” kata pemanah berusia 22 tahun itu.

Pemanah utama negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh terlepas gangsa apabila kecundang kepada lawan dari Russia, Mariia Vinogradov­a 130-142.

Nasib sama menimpa pemanah recurve negara, Haziq Kamaruddin yang tumpas 5-6 kepada Gaurav Trambak Lambe dari India pada penentuan gangsa.

 ??  ?? JUWAIDI
JUWAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia