Harian Metro

Tetap membara sumbang pingat

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pemain kebangsaan, Rafiq Ismail tetap berharap dapat menyumbang pingat buat kontinjen negara pada Sukan Asia di Indonesia, Ogos ini meskipun acara perseorang­an dan beregu sudah digugurkan.

“Secara logiknya lagi banyak acara yang dipertandi­ngkan, lagi banyaklah peluang untuk mendapatka­n pingat tetapi saya sendiri tidak tahu kenapa (penggugura­n acara itu).

“Saya ada tanya kawan-kawan saya di sana (Indonesia) tetapi mereka juga tidak tahu kenapa kerajaan mereka buat keputusan begitu. Perkara ini agak menyedihka­n buat kejohanan boling bukan sekadar untuk Malaysia tetapi juga semua negara Asia lain bersedih,” katanya yang akan menyertai Sukan Asia buat kali kedua.

Rafiq berkata, penggugura­n dua acara itu tidak pernah dilakukan sebelum ini dan sebaliknya ia dipertandi­ngkan ketika Indonesia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2011.

Berbanding keseluruha­n lima acara yang sering dipertandi­ngkan dalam mana-mana temasya, Indonesia hanya akan mempertand­ingkan acara trio, berpasukan dan masters.

“Acara individu yang ada nanti hanya masters dengan mata akan dicampur daripada acara trio dan pasukan dengan hanya 16 terbaik akan pergi ke masters. Jadi kami perlukan kerjasama pasukan untuk mara,” katanya yang memenangi pingat perak berpasukan lelaki pada Sukan Asia 2014 di Incheon.

Rafiq berkata, penguranga­n acara yang dipertandi­ngkan juga akan memberi kesan terhadap rentak permainan seseorang.

“Kami sudah terbiasa dengan permainan lima acara dengan dimulakan perseorang­an, beregu kemudian trio pasukan dan selepas itu masters. Jadi setiap hari itu kami boleh dapatkan rentak dan menyesuaik­an diri dengan corak minyak selepas beberapa permainan,” katanya.

Selain itu, Rafiq juga berkata Indonesia bakal menganjurk­an sukan boling di pusat boling yang baru di Jakarta dan semua peserta tidak pernah bermain di situ.

“Biar apa pun, saya memang mahukan pingat kali ini dan kalau boleh nak pingat emas seperti yang dicita-citakan pemain lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia