Harian Metro

Platform pilih pemain

- Mohd Khidir Zakaria sukanteam@nstp.com.my

 Port Dickson ungguli Kejohanan Badminton MSSNS

Pasukan Port Dickson mengunggul­i Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) apabila menjuarai enam daripada 10 kategori dipertandi­ngkan yang berlangsun­g di Akademi Badminton Michael (MBA), Lukut di sini, baru-baru ini.

Port Dickson yang turut diwakili beberapa pemain berstatus bintang itu memenangi kategori beregu lelaki bawah 18 tahun, beregu perempuan B-15, beregu campuran B-18, perseorang­an perempuan B-18, perseorang­an lelaki B-15 dan perseorang­an lelaki B- 12.

Penyelaras kejohanan, Anuar Kamarudin berkata, antara pasukan terbabit dalam Kejohanan Badminton MSSNS itu adalah Seremban 1, Seremban 2, Port Dickson,Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Tampin dan Rembau.

“Kejohanan ini sebagai platform untuk kita memilih pemain yang akan mewakili Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang dijangka diadakan pada 18 - 25 Mac ini di Port Dickson. Semua peserta yang mara ke pertanding­an akhir secara tidak langsung terpilih mewakili Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan.

“Kami juga berbangga kerana ada peningkata­n darisegi persembaha­n pemain apabila berlaku beberapa kejutan dengan pemain bukan pilihan menjadi juara,” katanya selepas tamat kejohanan. “Kami berharap kejohanan seperti ini dapat mencungkil bakat baru sebagai pelapis pemain kebangsaan,” katanya yang juga Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia