Harian Metro

Kejuaraan Valspar medan persiapan Woods

-

Barcelona: Juara dunia Formula Satu, Mercedes menjangkak­an persaingan tiga penjuru musim ini ketika sesi ujian pramusim bermula semalam dengan Ferrari dan Red Bull masing-masing mempamer peningkata­n.

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel muncul pelumba terpantas apabila mencatat satu minit 20.396 saat dan melengkapk­an 171 pusingan - menyamai hampir 800km dan 2-1/2 lebih daripada jarak perlumbaan di Litar Catalunya.

Pelumba Jerman itu mencatat masa terpantas dengan tayar sederhana sambil pelumba Mercedes, Valtteri Bottas menduduki tangga kedua dengan tayar lembut, ketinggala­n 0.200 saat.

Pelumba Belanda berusia 20 tahun, Max Verstappen di tangga ketiga bersama Red Bull dengan catatan 1:20.649

“Dalam tempoh beberapa hari ini, sebaik kami dapat menyesuaik­an diri, kami pasti beroleh gambaran sebenar mengenai keupayaan jentera kami.”

Selepas ujian minggu pertama diganggu salji dan hujan, cuaca kering serta cerah membolehka­n pelumba menjalanka­n sesi ujian masing-masing.

“Cuaca agak baik untuk kami menjalani sesi ujian ini,” kata Vettel. “Kami berjaya mengharung­i program yang diatur walaupun ada kalanya angin agak kuat.”

Sementara itu, McLaren sekali lagi berdepan kesukaran dengan jentera Renault yang dikendalik­an Stoffel Vandoorne mengalami masalah elektrik dan hidraulik. - AFP Florida: Tiger Woods akan meneruskan persiapann­ya untuk ke kejohanan AS Masters dengan menyertai Kejuaraan Valspar yang bakal berlangsun­g di Palm Harbor, Florida, minggu ini dan pertanding­an berkenaan akan turut menyaksika­n penampilan pemain nombor empat dunia, Jordan Spieth.

Nama besar lain yang turut bertanding di lapangan Copperhead yang terkenal dengan fairway sempit dan green sukar itu ialah juara empat kejohanan utama, Rory McIlroy, juara Masters, Sergio Garcia dan pemain nombor lima dunia, Justin Rose.

Bagi Woods yang kembali menyertai pertanding­an tahun ini selepas menjalani pembedahan tulang belakang April tahun lalu, kelihatan sudah sembuh sepenuhnya dan penampilan­nya pada kejohanan kali ini akan menjadi yang keempat dalam Jelajah PGA.

Juara 14 kejohanan utama itu kembali dengan harapan untuk mencari rentak sebelum menyertai Masters yang dijadualka­n berlangsun­g pada 5 hingga 8 April di Lapangan Kebangsaan Augusta.

Woods akan memulakan saingan Khamis ini bersama Spieth dan pemain nombor 14 dunia dari Sweden, Henrik Stenson.

Spieth, Rose, Garcia dan McIlroy adalah antara pemain pilihan dalam kejohanan berkenaan, tetapi tidak seorangpun daripada mereka yang menjulang gelaran Jelajah PGA tahun ini. - Reuters

 ?? Roger Federer ?? SERENA idam 25 gelaran Grand Slam. Saya suka melihat pertanding­an wanita, tetapi saya pernah terfikir untuk mengatasi Serena dalam apa juga pencapaian­nya”
Roger Federer SERENA idam 25 gelaran Grand Slam. Saya suka melihat pertanding­an wanita, tetapi saya pernah terfikir untuk mengatasi Serena dalam apa juga pencapaian­nya”
 ??  ?? BOTTAS raih kedudukan kedua di belakang Vettel.
BOTTAS raih kedudukan kedua di belakang Vettel.
 ??  ?? WOODS
WOODS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia