Harian Metro

TAKTIKAL TUAI HASIL

- Reuters

Paris

Real Madrid mempamer kekuatan tersendiri menerusi kemenangan 2-1 ke atas Paris St Germain sekali gus layak ke suku akhir Liga Juara-Juara sambil tuan rumah tersingkir daripada saingan utama Eropah itu semalam.

Skuad kendalian Zinedine Zidane itu menyerlah di Parc des Princes apabila jaringan Cristiano Ronaldo dan Casemiro membolehka­n pelawat mencatat kemenangan 5-2 menerusi agregat ketika PSG jarang mengacah kubu Real pada perlawanan kedua pusingan kelompok 16 pasukan terakhir.

“Secara taktikal, kami bermain dengan betul. Kami

percaya dan yakin dengan apa yang kami lakukan,” kata jurulatih Real, Zidane pada sidang akhbar.

“Mungkin malam ini mereka tidak begitu bagus sedangkan kami bermain baik. Keadaan menjadi semakin sukar buat mereka selepas kami menjaringk­an gol kedua.”

PSG menamatkan saingan dengan 10 pemain selepas Marco Verratti dilayangka­n kad merah di minit ke-66 tetapi Real ketika itu sudah keluar sebagai pemenang.

“Memang benar Madrid berhak layak ke pusingan seterusnya. Saya rasa dalam sebahagian besar detik penting perlawanan, mereka lebih baik,” kata jurulatih PSG, Unai Emery.

Kekalahan itu hadir setahun selepas PSG tersingkir di peringkat sama apabila tewas 1-6 di tangan Barcelona walaupun memenangi perlawanan pertama 4-0.

“Saya rasa mereka menguasai 60 peratus perlawanan dan kami tidak melakukan secukupnya ke atas 40 peratus aksi yang kami miliki,” tambahnya.

“Tewas kepada Real Madrid bukan sesuatu yang memalukan tetapi tersingkir di peringkat 16 terakhir sangat mengecewak­an.”

PSG menguasai perlawanan babak pertama, mendominas­i bahagian tengah tetapi tanpa khidmat bintang Brazil, Neymar, kelab gergasi Perancis itu nyata hilang sengat di bahagian depan.

“Mungkin babak pertama menjadi faktor. Di sepanjang 20 minit terakhir babak pertama, kami lebih baik,” kata Emery.

“Saya rasa, pada peringkat itu, kami memiliki peluang. Ia adalah 50-50 tetapi kami tidak mengambil kesempatan atas keadaan itu,” katanya merujuk kepada kekalahan 1-3 PSG di Santiago Bernabeu.

 Gol Ronaldo, Casemiro pacu Real ke suku akhir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia