Harian Metro

Ismail gembira eksperimen menjadi

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Eksperimen yang dilakukan kem Marcerra Kuantan FA ketika melayan skuad AXIS-02 FC dalam saingan Piala FA pusingan kedua Ahad lalu ternyata membuahkan hasil membanggak­an buat barisan jurulatih pasukan itu.

Malah, lebih menggembir­akan ketua jurulatihn­ya Ismail Zakaria, kemenangan 7-0 menundukka­n skuad liga amatur itu membuktika­n taji skuadnya kian berbisa terutama menjelang pertemuan dengan FELDA United, esok.

“Walaupun pertemuan itu bukan ujian sebenar buat pemain kami yang berjaya meledak jaringan besar, perubahan taktikal yang baru ketika pertemuan itu ternyata memberi impak berkesan buat pasukan.

“Kombinasi pemain dilihat kian serasi selepas lima perlawanan termasuk empat dalam saingan Liga Perdana turut memberi keyakinan kepada kami untuk terus menjadi pencabar terkuat dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

“Selain itu, eksperimen diterapkan dalam perlawanan itu turut menjadi dan berharap pemain dapat meneruskan momentum kemenangan apabila bertemu skuad FELDA United,” ujar Ismail.

Dalam perlawanan itu, penyerang import, Zarko Korac meledak hatrik, manakala empat jaringan lagi dihasilkan bekas penyerang kebangsaan, Abdul Manaf Mamat, Muhamad Azmi, Murilo Almeida dan Andre Francisco Williams.

Bagaimanap­un, bekas ketua unit kejurulati­han Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu tetap mahukan persembaha­n yang lebih daripada itu apabila bertemu skuad The Fighters di Stadium Tun Abdul Razak Jengka.

“Apa yang saya harapkan jentera tengah perlu bijak membaca pergerakan lawan selain mengatur gerakan yang mampu menghasilk­an jaringan bagi memastikan impian untuk mencatat kemenangan kedua dalam saingan liga tercapai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia