Harian Metro

Lang Merah yakin saingan sengit Khabar ceria Semut Merah

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 Safee, Anderson pulih kecederaan, mantapkan lagi pertahanan, serangan PKNS

Alor Setar: Kedah yakin pertemuan menentang naib juara Piala FA 2017, Pahang pada pusingan ketiga Piala FA nanti bakal berlangsun­g sengit dan menarik.

Penolong pengurus Kedah, Haris Che Mat berkata, Lang Merah menyambut keputusan undian semalam dengan hati terbuka walaupun mereka bakal bertemu skuad gergasi Pantai Timur itu.

Beliau berkata, perlawanan itu bakal menjadi tumpuan kerana kedua-dua pasukan mempunyai ramai penyokong setia.

“Kami menerima keputusan undian itu dan akan melakukan persiapan rapi serta terbaik untuk menghadapi skuad kendalian Dollah Salleh.

S(gambar)

afee Sali dan Zac Anderson membawa khabar gembira kepada jurulatih PKNS FC, Datuk K Rajagobal apabila kecederaan yang dialami kedua-duanya pulih tepat pada waktunya.

Kegembiraa­n itu turut dikongsi rakan sepasukan, Mahali Jasuli yang menganggap kehadiran semula Safee dan Anderson pasti memantapka­n lagi pertahanan serta jentera serangan Semut Merah.

“Safee dan Zac adalah tonggak pasukan. Ketiadaan mereka ketika kami menentang Kedah sedikit sebanyak tetap terasa walaupun secara keseluruha­n semua pemain memberikan per-

“Rentak dan corak permainan kedua-dua pasukan sentiasa menjadi tumpuan sembahan terbaik.

“Sudah pasti dengan kembalinya kedua-dua pemain itu, ia menambah keyakinan serta melonjakka­n lagi semangat pasukan apabila bertemu Kelantan selepas ini.

“Kelantan bukan calang-calang pasukan, mereka menunjukka­n peningkata­n terutama ketika mengalahka­n Perak (3-2), baru-baru ini.

“Sudah tentu semangat mereka semakin meningkat selepas menewaskan Terengganu City (2-0) pada pusingan kedua Piala FA,” katanya.

Mahali berkata, kedatangan semula penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar seolah-olah menyuntik semangat baru kepada The Red Warriors.

Walaupun Ghaddar kelihatan masih tercari-cari sentuhan gol seperti dilakukan musim lalu, namun bukan saja untuk penyokong malah pemerhati seluruh negara. Mahali menganggap penjaring terbanyak Liga Super 2017 itu masih mempunyai bisa.

“Mereka mempunyai barisan serangan yang bagus terutama gandingan Ghaddar dan Do Dong Hyun, jadi kami tidak boleh ambil mudah walaupun bermain di gelanggang sendiri,” kata Mahali.

“Pahang mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri tapi kali ini saya yakin pemain kami mampu memberi saingan terbaik berbekalka­n pengalaman yang ada,” katanya.

Sementara itu, menyentuh aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur, Sabtu ini, Haris berkata, Kedah tidak mahu menjadi mangsa kedua selepas lawan berjaya menumbangk­an skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), 11 Februari lalu.

“Semangat pemain dan pasukan semakin melonjak selepas menempa kejayaan menewaskan Negeri Sembilan 1-0 dan layak ke pusingan ketiga Piala FA.

“Misi kita seterusnya adalah memburu tiga mata selepas bangkit mencipta tiga kemenangan bermula dengan kemenangan ke atas PKNP, PKNS dan yang terbaru dalam aksi Piala FA menentang Negeri Sembilan.

“Saya yakin ketua jurulatih, Ramon Marcote mempunyai ramuan serta strategi terbaik untuk Kedah bagi menghadapi kedua-dua perlawanan itu.”

 ??  ?? ANDERSON beri khabar gembira buat PKNS.
ANDERSON beri khabar gembira buat PKNS.
 ??  ?? ANDIK (kanan) menjadi taruhan Kedah berdepan Pahang.
ANDIK (kanan) menjadi taruhan Kedah berdepan Pahang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia