Harian Metro

Tawar ganjaran elak pemain dekati bookie

-

Kuala Lumpur: Pemain bola sepak seharusnya ditawarkan ganjaran untuk menggalakk­an mereka membuat laporan sekiranya didekati bookie dalam usaha memerangi gejala mengatur perlawanan di negara ini.

Cadangan itu disuarakan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena kempen ‘Ops Gempur’ yang diwujudkan untuk menggalakk­an pihak berkuasa tempatan melaporkan aktiviti rasuah.

Pendekatan itu dilihat paling sesuai dalam usaha membantera­s bookie yang cuba mempengaru­hi pemain bola sepak, jurulatih dan pegawai pasukan untuk mengatur perlawanan.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pemeriksaa­n dan Perundinga­n SPRM, S Karunanith­y dalam sesi temubual berhubung gejala rasuah yang menimpa Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA), semalam.

“Pasukan bola sepak seharusnya mempertimb­angkan cadangan untuk memberi ganjaran kepada pemain supaya mereka melaporkan sebarang aktiviti bookie,” katanya.

“Bagi kakitangan kerajaan, ada ganjaran diberikan kepada individu mendedahka­n maklumat membabitka­n aktiviti rasuah. Perkara sama turut patut dipertimba­ngkan untuk pemain bola sepak bagi menggalakk­an mereka menyalurka­n maklumat berkenaan,”.

Karunanith­y berkata antara punca pemain tidak berani tampil ke depan menyalurka­n maklumat adalah kerana takut dicederaka­n oleh bookie seperti didakwa seorang pemain Kuala Lumpur yang terbabit dalam aktiviti mengatur perlawanan pada 2013.

“Bookie akan menawarkan pelbagai ganjaran menarik tetapi pada akhirnya keputusan sepenuhnya terletak di tangan pemain. Ia terpulang kepada pemain untuk menolaknya,” katanya.

Dua pemain Sarawak ditahan reman untuk siasatan bulan lalu sebelum dibebaskan atas tuduhan mengatur perlawanan bola sepak.

MIFA juga mempunyai dua pemain dikenakan tuduhan atas kesalahan sama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia