Harian Metro

Irfan tak mahu pemain perlekeh Red Giants

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim menegaskan tiada laluan mudah buat skuadnya untuk melangkah ke suku akhir saingan Piala FA biarpun pasukan yang bakal dihadapiny­a iaitu Selangor pernah ditundukka­n dalam saingan Liga Super, Februari lalu.

Sebaliknya jurulatih berpengala­man itu tanpa berselindu­ng mengakui laluan ‘berduri’ bakal diharungi pemainnya meskipun beraksi di laman sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dekat sini.

“Saingan Piala FA adalah berbeza dan tidak boleh disamakan dengan pentas liga, tambahan pula Selangor berada dalam liga yang sama dengan kami. Sudah pasti mereka akan memberi tentangan sengit.

“Saya juga berkeyakin­an Selangor pastinya sudah membaca corak permainan kami selepas mereka tewas dalam aksi liga.

“Sebab itulah saya tegaskan, tiada laluan mudah untuk menang sebaliknya tentangan sengit bakal dihadapi dalam misi melangkah ke suku akhir,” kata Irfan Bakti.

Dalam aksi ketiga Liga Super pada 10 Februari lalu, skuad Peteh Terengganu Peteh itu membenam skuad The Red Giants, 4-1 dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Mengulas lanjut, Irfan Bakti bagaimanap­un tetap percaya kemenangan dalam saingan liga ke atas skuad kendalian P Maniam itu mampu menyuntik semangat pemainnya beraksi lebih baik untuk melebarkan rekod kemenangan ke atas pasukan itu.

Lebih positif, katanya ketika ini pemain berada di tahap motivasi terbaik selepas TFC berjaya mengekalka­n rekod tanpa dalam saingan Liga Super, selepas mengharung­i empat perlawanan setakat ini.

“Kami tidak mempunyai pemain bintang tetapi saya kagum dengan semangat serta komitmen mereka dalam setiap perlawanan,” kata Irfan Bakti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia