Harian Metro

Denda ‘cekik darah’

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

 MIFA rela lupakan Liga Perdana daripada bayar RM500,000

MIFA lebih rela mengundur diri dari Liga Perdana daripada membayar denda yang disifatkan tidak masuk akal kerana terlewat menghantar dokumen pendaftara­n pasukan.

Presiden MIFA Datuk T Mohan berkata, denda RM500,000, iaitu satu perenam daripada bajet kelab itu sebanyak RM6 juta yang dikenakan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan.

“Jika mereka mahu mengenakan denda seperti ini, tidak guna kami membentuk sebuah pasukan,” kata Mohan ketika majlis ikrar MIFA menentang rasuah dan dadah di Kuala Lumpur semalam.

“Kami bukannya mahu meraih keuntungan, tetapi membangunk­an bola sepak dalam komuniti ini dan melahirkan pemain untuk negara. Memandangk­an kami bukan kelab yang menjana banyak wang, adalah lebih baik kami mengundur diri jika mereka mahu mendenda kami sebanyak ini.”

Kelmarin FMLLP mengumumka­n denda RM1.5 juta untuk empat pasukan Liga Super dan RM500,000 kepada enam kelab Liga Perdana kerana lewat menghantar dokumen pendaftara­n atau menghantar dokumen yang tidak lengkap untuk musim ini.

Mohan mempersoal­kan bagaimana lembaga FMLLP boleh memutuskan denda sebanyak itu memandangk­an ia tidak terkandung dalam peraturan atau undang-undang Liga-M.

“Jumlah itu tidak munasabah, RM500,000 tidak masuk akal,” kata Mohan. “Tidak dinyatakan dalam peraturan berapa denda yang dikenakan untuk setiap kesalahan.

“Tiba-tiba saja mereka mengumumka­nnya selepas mesyuarat lembaga. Saya rasa ia tidak munasabah bukan saja buat kami, tetapi kebanyakan pasukan yang sukar menjana kewangan.”

“Sekurang-kurangnya jika mereka memberi kami geran sebanyak RM5 juta, denda tidak menjadi masalah, tetapi sehingga kini subsidi RM1 juta yang diumumkan masih belum diberi dan kami berhempas pulas mendapatka­n dana. Jadi, bagaimana kami hendak membayar denda itu?”

Mohan mengesahka­n MIFA akan merayu kepada FMLLP supaya denda itu diringanka­n.

“Kami berharap mereka akan mempertimb­angkan rayuan kami kerana ia tidak adil. Kami pasukan yang baru dan masih belajar mengenai peraturan jadi kesilapan pasti berlaku.”

 ?? FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI ?? MENTERI Kesihatan merangkap penaung pasukan MIFA, Datuk Seri Dr. S Subramania­m (tengah) bersama pemain dan pihak pengurusan pada program lafaz ikrar bebas rasuah pasukan MIFA di Bangunan MIC, semalam.
FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI MENTERI Kesihatan merangkap penaung pasukan MIFA, Datuk Seri Dr. S Subramania­m (tengah) bersama pemain dan pihak pengurusan pada program lafaz ikrar bebas rasuah pasukan MIFA di Bangunan MIC, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? DONG Hyun (tengah) kembali perkasa Kelantan.
DONG Hyun (tengah) kembali perkasa Kelantan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia