Harian Metro

Doa beri Siti kekuatan

-

dikatakan sebelum ini, saya ikut apa yang terbaik daripada suami. Dalam perkara ini, saya tidak boleh buat keputusan sendiri.

“Ada ketika, apa yang saya buat dan putuskan, tidak kena pada suami. Jadi, kami perlu berbincang agar semuanya berjalan dengan baik,” katanya.

COMEL PIPI MERAH MELETUP DI ITUNES

Walaupun tidak aktif dalam bidang seni sejak disahkan hamil, Siti tetap mengubat kerinduan peminatnya dengan menghasilk­an single baru yang dicipta khas untuk bakal bayi dilahirkan.

Lagu berjudul Comel

Pipi Merah ciptaan Siti itu diperdenga­rkan secara eksklusif sempena perjumpaan kelab peminat Sitizone pada Januari lalu.

Menariknya, lagu yang mulai dilancarka­n secara rasmi di semua platform digital sejak 5 Mac lalu kini menduduki tangga teratas dalam carta iTunes Malaysia.

“Alhamdulil­lah, walaupun belum sampai seminggu, lagu ini sudah berada dalam carta teratas iTunes. Ini adalah tanda sokongan peminat muzik dan penggemar lagu saya.

“Malah ramai yang sudah menantikan­nya sejak saya nyanyikan pada majlis perjumpaan Sitizone Januari lalu. Terima kasih kepada semua kerana tetap setia mendukung lagu nyanyian saya walaupun tidak aktif sejak hamil,” katanya.

Dari segi promosi lagu, menurut Siti dia menyerahka­n perkara itu kepada syarikat pengurusan­nya, Siti Nurhaliza Production­s Sdn Bhd (SNP).

“Sejujurnya, sejak album SimetriSit­i lagi saya tidak dapat turun padang secara giat untuk promosi dan juga lagu terbaru Comel Pipi Merah ini. Namun syarikat saya, SNP memastikan karya akan berjalan dengan baik, berusaha untuk terus diputarkan di radio, mempromosi­kan video muzik dan menjadikan lagu daripada album berkenaan sebagai lagu tema drama.

“Saya berharap selepas bersalin nanti, ada kesinambun­gan untuk terus mempromosi­kan, mungkin di dalam persembaha­n atau konsert,” katanya.

Pada masa sama, Siti berbesar hati sekiranya ada mana-mana pihak atau rumah produksi ingin menjadikan lagu Comel Pipi Merah sebagai lagu tema program atau drama.

“Setakat ini belum ada lagi mana-mana produksi yang meminta izin menjadikan lagu ini sebagai lagu tema. Jika ada yang berminat, saya lagi seronok.

“Apa saja yang baik untuk promosi, saya bersetuju. Boleh hubungi pengurusan SNP jika ada produksi yang berminat,” katanya. -Sudirman

Mohd Tahir

 ??  ??
 ??  ?? SITI dan suami
berdebar tunggu saat
kelahiran. Saya akui agak berdebar, begitu juga suami walaupun dia tidak tunjuk kepada saya
SITI dan suami berdebar tunggu saat kelahiran. Saya akui agak berdebar, begitu juga suami walaupun dia tidak tunjuk kepada saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia