Harian Metro

Bukan isu besar pun...

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Syafiq akui babak perompak bertopeng inspirasi daripada filem Barat, Hong Kong

Pengarah berbakat besar Syafiq Yusof berharap penonton filem KL Special Force tidak melihat persamaan babak aksi rompakan dalam filem itu dengan beberapa filem aksi luar negara sebagai isu besar.

Syafiq, 25, berkata, banyak filem aksi yang diterbitka­n di Hollywood atau Hong Kong turut menggunaka­n pendekatan sama.

Katanya, kebetulan salah satu babak rompakan dalam filem KL Special Force perompakny­a memakai topeng yang hampir sama seperti penjahat dalam filem New Police Story lakonan Jackie Chan, Daniel Wu dan Nicholas Tse pada 2004.

“Ada banyak filem menggunaka­n pendekatan serupa. New Police Story itu juga berinspira­sikan daripada filem Point

Break pada 1991. Sejak itu bermulanya babak perompak bertopeng.

“Kemudian filem Heat lakonan Robert De Niro, Al Pacino dan Val Kilmer pada 1995 dan selepas itu banyak lagi filem lain. Sekarang saya pula yang buat dan ada yang katakan salah,” katanya.

Syafiq berkata, filem terbaru arahannya itu turut mendapat inspirasi daripada beberapa filem aksi dari Hong Kong.

KL Special Force mengisahka­n unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha untuk menjatuhka­n kumpulan perompak yang dikenali sebagai Geng Anarkis.

Dibarisi pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Sabrina Ali dan Tania Hudson, ia mula ditayangka­n hari ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak membabitka­n perompak bertopeng.
ANTARA babak membabitka­n perompak bertopeng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia