Harian Metro

‘Izzue pelapis pelakon air ma

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Penghasila­n telefilem Abang Kandung dibuat sempena penganjura­n program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)

TV3.

Drama arahan Rashid Sibir ini akan menemui penonton menerusi slot Cerekarama TV3 pada 10 Mac.

Sebagai pengarah berpengala­man, Rashid menggarap cerita menarik menggabung­kan pelakon senior dan seorang pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program DFKL sendiri.

Antaranya Izzue Islam, Syafiq Kyle, Nasir Bilal Khan, Norlia Ghani dan Harun Hashim.

“Saya amat berpuas hati dengan lakonan yang diperlihat­kan semua pelakon kerana berjaya memberi apa yang dimahukan.

“Izzue memberikan emosi yang begitu hebat sebagai Saiful. Dia dapat menjiwai wataknya dengan bagus dan faham apa yang diperlukan dalam satu-satu babak.

“Saya berani katakan Izzue adalah pelapis pelakon air mata yang baik selepas Datuk Rosyam Nor. Dia amat berdisipli­n dan ada masa depan yang baik sebagai pelakon,” katanya.

Gandingan Izzue dan Syafiq amat menjadi kerana Rashid melihat Syafiq sebagai pelakon yang semakin meningkat naik.

“Disiplin amat penting untuk berjaya dan ciri-ciri ini juga ada pada Syafik. Dia ada potensi sebagai pelakon yang bukan saja ada rupa tapi ada bakat dan boleh pergi jauh dalam industri lakonan tempatan.

“Ada orang bertanya, kenapa saya selalu ambil Nasir berlakon? Tak dinafikan dia seorang pelakon yang bagus dan sayang kalau bakatnya disia-siakan begitu saja. Orang akan dapat ‘merasai’ karakterny­a sebagai bapa yang garang dan pemarah,” katanya.

Keserasian Rashid dengan pelakon yang sering terbabit dengan produksiny­a menjadi kunci kejayaan setiap drama terbitanny­a.

Sesuatu yang ketara, dia juga dikenali antara pengarah yang sentiasa membuka peluang buat artis veteran seperti Norlia dan Mak Mah berlakon.

“Mereka dua pelakon yang sentiasa di hati saya. Bahkan saya akan cipta satu watak yang sesuai buat mereka kerana saya sentiasa seronok ada pelakon veteran.

“Sudahlah lakonan bagus, disiplin masing-masing tak perlu dipertikai­kan. Sebenarnya artis veteran ini adalah buah hati saya. Mereka terlalu dekat di hati saya dan tanpa mereka takkan meriah industri seni kita,” katanya.

Dalam pada itu, Rashid juga memuji lakonan Nolan yang dicungkil daripada DFKL dan menyifatka­nnya boleh pergi jauh jika sentiasa diberikan peluang.

Gandingan dengan Syafiq amat menjadi dalam telefilem Abang Kandung

 ??  ?? IZZUE berjaya membawakan wataknya dengan baik.
RASHID bersama Syafiq (kiri) dan Izzue.
IZZUE berjaya membawakan wataknya dengan baik. RASHID bersama Syafiq (kiri) dan Izzue.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia