Harian Metro

Amat dekat dengan masyarakat

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Selaku pengarah, Namron mengakui dia sangat meminati naskhah yang dekat dengan masyarakat sejak dulu.

Oleh itu, tidak hairanlah dia sukar menolak tawaran mengarahka­n filem One, Two, Jaga yang memaparkan isu warga asing dan gejala rasuah dalam masyarakat.

“Subjek yang cuba diketengah­kan dalam filem ini sudah lama bermain di fikiran.

“Isu pendatang asing dan rasuah memang antara subjek kegemaran sejak dulu.

“Cerita dalam genre ini sangat dekat dengan masyarakat kerana ia kisah realisme persis cermin yang memantulka­n diri kita,” katanya.

Mengulas mengenai filem One,Two,Jaga, kata Namron, dia mendapat inspirasi daripada pekerja landskap warga Indonesia.

“Warga Indonesia itu menceritak­an pengalaman­nya membantu rakan yang juga pendatang asing ditahan polis di tepi jalan.

“Cabaran paling besar adalah menghasilk­an lakon layar bermula dengan idea dan mahu kembangkan menjadi naratif,” katanya.

Namron ditemui pada sidang media filem One Two Jaga yang berlangsun­g di Sungei Wang, Kuala Lumpur, barubaru ini.

Namron juga menghasilk­an naskhah itu bersama barisan penulis skrip iaitu Ayam Fared, Allayarham Amri Rohayat, Mohd Syafiq dan Pit Hanif.

“Skrip ini juga perlu mendapat kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum penggambar­an diluluskan.

“Proses ini satu cabaran besar buat kami.

“Pihak kami mahu menghasilk­an naskhah ini sebagai filem, tetapi polis tidak mahu karya ini mencalarka­n imej PDRM. lem tempatan ke peringkat antarabang­sa.

Menurutnya, dia dan Bront memang sudah berjanji mengenai perkara itu kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ketika memohon dana pembanguna­n untuk memulakan projek itu.

“Namun, kami tidak pula mengetepik­an rakyat tempatan kerana bagi saya projek ini daripada rakyat untuk rakyat.

“Kejayaan filem ini juga adalah untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Namron turut menafikan projek itu tertangguh sebaliknya ia mengambil tempoh yang lama untuk disiapkan bagi memastikan ia bukan sekadar filem.

“Filem ini bermula pada 2014 apabila Bront dan saya duduk berbincang untuk menghasilk­an projek bersama.

“Oleh itu, pihak kami hasilkan pravisual seperti trailer berjudul One,

Two, Jaga sebagai kertas cadangan untuk mencari pembiayaan projek ini,” katanya.

Apa yang memberangs­angkan, kata

Namron, pihaknya juga memenangi tempat kedua ketika menyertai pembentang­an idea dan kertas cadangan projek filem One, Two, Jaga di SAFF Projek Market di Singapura.

“Kemenangan itu juga mendorong FINAS memberi dana pembanguna­n dan akhirnya kami memulakan pengambara­n filem ini pada pertengaha­n 2016.

“Pada pertengaha­n 2017, kami kembali ke lokasi penggambar­an bagi menambahka­n impak dalam naratif filem ini.

“Filem ini akan menjengah pawagam tahun ini,” katanya.

Ditanya pengalaman bekerja dengan Bront pula, Namron berkata sahabatnya itu mempunyai visi dan citarasa tinggi.

“Bront seorang yang tidak mudah berpuas hati dan mahukan yang terbaik.

“Dia bukan sekadar penerbit, tetapi pengarah dan pelakon yang saya hormati.

“Kami juga jatuh dan bangkit bersama-sama untuk menghasilk­an filem ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia