Harian Metro

Shin Hye, Tae Joon sah bercinta

-

Park Shin Hye dan Choi Tae Joon baru-baru ini menukar kenyataan mereka dan mengesahka­n sebenarnya memang bercinta.

Tae Joon sendiri menukar plot mengenai hubungan mereka dan mengatakan Shin Hye adalah kekasihnya.

Menurut agensi pelakon itu, pada mulanya mereka cuma berkawan baik, tapi hubungan mereka kini makin serius.

“Mereka mula intim dan bercinta hujung tahun lalu selepas berkawan lama,” kata wakil daripada Huayi Brothers.

Kenyataan itu benar-benar mengejutka­n ramai kerana sebelum ini dia bersungguh­menafikan sungguh khabar angin itu.

Wakil agensinya S.A.L.T Entertainm­ent mengeluark­an kenyataan bahawa mereka cuma rakan karib. Kenyataan itu dibuat selepas sebuah laporan berita mendakwa mereka sudah bercinta lebih setahun.

Tidak lama selepas itu, kenyataan berkenaan ditukar dan jurucakap pelakon itu mengesahka­n mereka menjalin hubungan.

“Kami sudah dapat kepastian daripada Park

Shin Hye dan mendapat tahu mereka mula bercinta sejak tahun lalu. Bagaimanap­un, hubungan itu hanya terjalin selepas mereka berkawan lama.

Namun, mereka dilaporkan cukup berhatihat­i apabila keluar bersama. Ada sumber turut mengatakan mereka sentiasa berada di sisi masing-masing setiap kali ditimpa susah.

“Shin Hye dan Tae Joon saling menyokong dan menjadi sumber kekuatan sesama sendiri. Hubungan mereka masih baru dan berharap mendapat sokongan ramai,” kata wakil itu.

 ??  ?? SHIN Hye
TAE Joon
SHIN Hye TAE Joon
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia