Harian Metro

Filem ‘gembira’ pada mas gelap

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Novel fantasi sains fiksyen berjudul A Wrinkle in Time karya Madeline L’Engle’ diterbitka­n pada 1962.

Bagaimanap­un, bagi mereka ‘kenal rapat’ dengan filem adaptasi terbaru ini yang bercerita mengenai perjuangan mengatasi kegelapan, pasti menganggap ia lebih relevan pada masa ini.

Antara yang lantang bercakap mengenai situasi itu ialah pelakon filem ini sendiri iaitu Oprah Winfrey, pengarah filem Ava DuVernay dan cucu penulis novel itu, Charlotte Jones.

“Situasi politik pada masa ini

‘menggugurk­an’ cahaya baru di dalam buku kanak-kanak yang sudah berdekad usianya.

“Di mata saya, jalan cerita filem ini nampaknya lebih sesuai pada masa ini,” kata Oprah.

Sebelum ini, Ava yang lantang mengecam Presiden Donald Trump di Twitter turut membangkit­kan isu sama.

Oprah berkata, Ava bertanggun­gjawab mengumpul idea dan segala-gala yang berkaitan produksi agar tidak sesat dalam ‘alam semesta’.

Malah pengarah itu dilaporkan berkata, A Wrinkle ini Time menyelamat­kannya daripada terus dikecam selepas mengkritik senario p tik semasa.

“Ini ialah filem ‘gembira’ dalam masa gelap. Ia sangat penting untuk kanak-kanak, terutama anak gadis.

“Golongan ini perlu tahu yang mereka boleh dikenali dengan hanya menjadi diri sendiri. Mereka tidak perlu menjadi Jedi atau adiwira,” kata Ava.

Dia berharap A Wrinkle in Time akan menjadi bahan tontonan menghiburk­an buat kanak-kanak.

Menariknya, Ava adalah wanita keturunan Afrika pertama yang diberi peluang mengarah filem aksi hidup dengan bajet lebih RM400 juta.

Selain Oprah, filem ini turut dibintangi Reese Witherspoo­n, Chris Pine, Mindy Kaling, Gugu Mbatha-Raw, Zach Galifianak­is dan Bellamy Young.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia