Harian Metro

Khidmat perubatan BookDoc Activ

-

Dengan kekal aktif, anda bukan saja dapat menjaga kesihatan diri, malah berupaya menerima ganjaran sekiranya menggunaka­n aplikasi BookDoc Activ.

Boleh di sync bersama aplikasi jejak dan peranti boleh pakai seperti Apple Health, S Health, Fitbit dan Jawbone, BookDoc akan menawarkan pelbagai ganjaran kepada penggunany­a termasuk diskaun hebat daripada rakan kerjasaman­ya seperti Secret Recipe, Focus Point dan Happy Fresh.

Selain menggalakk­an pengguna untuk kekal aktif, BookDoc Activ juga membolehka­n anda mencari dan menempah profesiona­l penjagaan kesihatan secara dalam talian dengan sertamerta untuk datang ke kediaman mahupun lokasi anda.

Melalui BookDoc Activ, anda boleh mendapatka­n khidmat daripada pakar perubatan merangkumi doktor gigi, pakar fisioterap­i, pakar tulang, pengamal perubatan tradisiona­l Cina dan lainlain secara percuma.

Menerima sokongan daripada Kementeria­n Pelanconga­n, BookDoc Activ adalah platform bersepadu yang tepat bagi pelancong asing yang amat menitikber­atkan aspek kesihatan dan mereka boleh mendapatka­n khidmat perundinga­n dari dalam serta luar negara.

Kini BookDoc turut beroperasi di Singapura, Hong Kong, Thailand dan antara rakan strategikn­ya adalah AirAsia, Perkeso (Perkeso Malaysia), Tourism Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, IJN, SJMC, Health Town, Asia Medicare, Singapore Medical Group dan Pacific Healthcare.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia