Harian Metro

Vcash platform pembayaran mudah alih

-

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini memperkena­lkan aplikasi vcash sebagai pilihan penyelesai­an untuk transaksi tanpa tunai.

vcash adalah platform pembayaran mudah alih yang menawarkan cara lebih ringkas dan mudah untuk membayar, menghantar, memohon dan menyimpan wang di dalam telefon pintar, menjadikan­nya satu penyelesai­an amat sesuai digunakan golongan muda.

Ia ditawarkan Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) dengan usaha sama pengeluar e-wang yang diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM), Valyou Sdn Bhd.

Perkhidmat­an vcash boleh digunakan melalui semua pengendali telekomuni­kasi dan pengguna hanya perlu memiliki telefon pintar dan sambungan rangkaian.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pengenalan berkenaan bertujuan memenuhi aspirasi hampir dua juta juta belia di Malaysia yang menyatakan hasrat untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara dengan pembayaran tanpa tunai.

“Demi memacu pergerakan tanpa tunai, adalah penting untuk

KBS sendiri mengambil langkah ke arah itu bagi mempersiap­kan negara menghadapi masa hadapan.

“Dengan ini, kami berharap dapat memainkan peranan yang besar dalam menyokong dan menggalakk­an penggunaan transaksi tanpa tunai,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan akhbarnya,

KBS berkata, vcash menawarkan empat manfaat berbanding tunai merangkumi ciri keselamata­n di mana setiap transaksi dikawal menggunaka­n PIN atau cap jari; mudah kerana boleh digunakan pada bila-bila masa, di mana jua, untuk apa-apa sahaja; boleh dijejak untuk membantu pengguna mengawal perbelanja­an serta ringkas kerana membolehka­n pengguna membayar, menghantar atau menerima wang dengan hanya beberapa sentuhan.

Setakat ini, vcash boleh digunakan di cawangan fizikal seperti tempat makan dan perniagaan dalam talian di bawah rangkaian gerbang MOLPay dan iPay88.

Pada masa sama, vcash turut menawarkan kedai dalam aplikasi yang membenarka­n pelanggan untuk membeli kredit permainan video seperti Garena Shells dan Steam Wallet, tambah nilai prabayar telekomuni­kasi, baucar membeli-belah dan membayar bil dengan mudah.

Bermula 21 Februari lalu, vcash sudah mula digunakan di tiga lokasi di Menara KBS iaitu Rimau Cafe, Gim KBS dan Kafe Teratai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia