Harian Metro

FOTO PENGEMBARA SOLO

- Shuhada Mansor gen.y.@hmetro.com.my

Jangan hanya berswafoto, selit juga gambar anda berlatarbe­lakangkan pemandanga­n di negara berbeza

Soalan biasa yang akan ditanya jika anda keluar melancong sendiri adalah ‘siapa yang ambilkan gambar?’

Mungkin mereka kurang percaya anda mengembara sendirian atau pun ingin tahu bagaimana gambar anda dirakam. Untuk yang belum pernah keluar melancong sendiri, mungkin sesuatu yang baru dan mustahil tapi bagi yang sudah terbiasa berkelana solo, banyak tip dan trik boleh membantu anda merakam gambar di setiap lokasi yang dikunjungi.

Jangan penuhi Instagram atau media sosial dengan hanya swafoto. Selain pemandanga­n selitkan juga gambar anda berlatarbe­lakangkan pemandanga­n di negara berbeza. Kali ini, penulis kongsikan beberapa tip untuk dicuba jika anda berada di sesebuah lokasi bersendiri­an.

Setiap telefon bimbit, GoPro, kamera atau gajet lain yang berkaitan pasti akan mempunyai ‘self timer’ iaitu masa ditetapkan untuk merakam satu-satu gambar.

Cuma perlu tetapkan masa yang anda mahu dan letakkan kamera di posisi sepatutnya. Ia akan merakam gambar anda sendiri tanpa perlu meminta bantuan orang lain.

Pelbagaika­n kreativiti dengan mencari posisi menarik untuk meletakkan kamera anda supaya latar belakang dan sudut pandang berbeza daripada orang lain.

Ia mungkin kedengaran agak pelik, tetapi apa salahnya untuk meminta orang di sekeliling membantu anda merakam gambar.

Mungkin kita akan terfikir risiko kamera dibawa lari tapi anda boleh menjaga jarak supaya berada tidak terlalu jauh, mudah untuk bertindak jika ia dibawa lari.

Jika kurang yakin dengan kebolehan mereka untuk mengambil gambar anda, apa salahnya jelaskan terlebih dulu bagaimana sudut yang diinginkan untuk memudahkan mereka merakam gambar.

Jangan ragu-ragu, cuba bertanya dengan baik dan pasti permintaan anda tidak akan ditolak.

Gambar swafoto boleh dikatakan ‘wajib’ ada bagi setiap orang yang mengembara sendiri dan menggunaka­n ‘selfie stick’ atau tripod adalah satu keperluan.

Ini antara cara untuk anda mendapatka­n gambar sudut tinggi, bawah, cembung dan sebagainya. Swafoto menggunaka­n kamera GoPro umpamanya membolehka­n anda mendapat gambar dengan sudut ‘mata ikan’ iaitu latar belakang lebih luas selain unik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia