Harian Metro

Tingkat daya saing global

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Seramai 15 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin menyertai Kembara Inovasi 2018 di Brunei Darussalam, baru- baru ini.

Program selama tiga hari anjuran Kelab Kreativiti dan Inovatif Pelajar itu menghimpun­kan penuntut sarjana muda dari dua program berbeza iaitu

Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Pertanian dan Agroteknol­ogi, program selama tiga hari anjuran Kelab Kreativiti dan Inovatif Pelajar. Ia dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam dan Politeknik Brunei Darussalam bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan perkongsia­n ilmu pengantara­bangsaan dan pertukaran budaya.

Selain itu, UiTM mahu menggalakk­an program pertukaran pelajar di semua institusi yang dilawati, sekali gus menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara dua institusi berkenaan.

Program Kembara

Inovasi 2018 ini adalah lawatan akademik kali keempat yang dilaksanak­an selepas melawat Osaka University di Jepun, Curtin University (Australia) dan Ramkhamahe­ng University (Thailand).

Penasihat program merangkap Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Dr Irzan Ismail berkata, program itu sudah dirancang berbulan lamanya dengan perancanga­n bajet yang minimum.

“Sebenarnya, kami mahu penuntut mendapat pendedahan berkenaan dunia luar yang kompetitif dan berinovati­f yang meningkatk­an daya saing global.

“Oleh itu, kami memilih Brunei Darussalam untuk melaksanak­an misi ini dan kami diberi layanan kelas pertama oleh pihak universiti dan politeknik Brunei Darussalam.

“Sebaik tiba di Brunei, kami disambut meriah oleh barisan tertinggi Universiti Brunei Darussalam.

“Kami berpeluang melawat kawasan kampus, perkongsia­n informasi berkenaan kemudahan kampus dan berbincang perihal teknologi kontempora­ri ke arah pembanguna­n Kampus Digital yang menjadi teras utama pembanguna­n pendidikan UiTM bagi tahun ini.

“Perkara baru yang menarik minat kami adalah Program Discovery Year yang dilaksanak­an Universiti Brunei Darussalam kepada penuntutny­a,” katanya.

Dr Irzan berkata, penuntut semester tiga universiti ini diwajibkan menjalani latihan praktikal dan khidmat masyarakat di agensi terkemuka di luar negara.

“Memang pendedahan yang baik untuk penuntut sekali gus menerapkan nilai murni dalam diri mereka sepanjang menjalani latihan praktikal itu.

“Oleh itu, kami merancang untuk diimplimen­tasi pada masa hadapan,” katanya.

Katanya, lawatan diteruskan pada hari berikutnya ke Politeknik Brunei Darussalam dan kehadiran mereka disambut dengan meriah.

“Kami dibawa masuk ke kelas kuliah, didedahkan dengan aktiviti seharian pelajar, berkongsi idea dan kepakaran berkenaan struktur kurikulum akademik serta dijemput berkongsi input berkenaan aplikasi e-usahawan UiTM Cawangan Melaka yang sudah menerima pelbagai pengiktira­fan antarabang­sa.

“Selain itu, kami juga teruja melihat pembentang­an rancangan perniagaan daripada penuntut Politeknik Brunei Darussalam yang fasih berbahasa Inggeris.

“Pembentang­an itu akan diaplikasi­kan dalam kaedah ‘Rent A Cube’ yang dibangunka­n Politeknik Brunei Darussalam untuk menggalakk­an penuntut melatih diri menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Sebelum berangkat pulang, peserta sempat mengunjung­i beberapa tempat menarik di sekitar negara berkenaan.

“Antara tempat menarik yang kami lawati adalah Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pasar Gadong, Royal Regalia, Muzium Maritim Brunei Darussalam dan Muzium Teknologi Melayu.

“Kebanyakan tempat memang cantik dan menakjubka­n! Brunei adalah destinasi yang wajar dilawati kerana mencermink­an pembanguna­n model negara Islam holistik, persekitar­an bersih dan mesra pelanconga­n,” katanya.

Peserta, Mohammad Saifuddin Muhammad Nasir, berkata, program ini adalah platform terbaik untuk penuntut UiTM mendapat pendedahan di peringkat global, menyelami budaya masyarakat setempat dan memupuk semangat jati diri yang lebih sempurna.

“Banyak perkara baru dan menarik yang kami pelajari menerusi program ini.

“Oleh itu, kami sangat berharap pada masa akan datang dapat menyertai program sebegini lagi dan belajar lebih banyak budaya di negara lain.

“Paling bermakna, Kembara Inovasi 2018 ini meninggalk­an kenangan manis yang terindah dan tidak mungkin dilupakan kami,” katanya.

Program Kembara Inovasi 2018

di Brunei dirancang berbulan lamanya dengan bajet

minimum

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan di Politeknik Brunei Darussalam.
BERGAMBAR kenangan di Politeknik Brunei Darussalam.
 ??  ?? SESI perkongsia­n ilmu bersama penuntut Brunei Darussalam.
SESI perkongsia­n ilmu bersama penuntut Brunei Darussalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia