Harian Metro

Bantuan awal kecemasan penyelamat nyawa

-

Organ jantung dan paru-paru yang terhenti dapat dikembalik­an sehingga 30 peratus

DARI MUKA H15

Pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Perubatan Kecemasan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Shahrul Nizam Ahmad Zamzali berkata, bantuan awal kecemasan seperti CPR (resusitasi kardio pulmonari) cukup penting untuk menyelamat­kan nyawa mangsa, terutama ketika di tempat kejadian.

“CPR ini adalah bantuan sokongan sementara untuk jantung dan paru-paru. Ia boleh dilakukan sesiapa saja, asalkan mereka dilatih dan tahu bagaimana untuk memberi bantuan kecemasan.

“Bantuan kecemasan ini perlu diberi segera, sebaik mendapati jantung dan paru-paru mangsa berhenti berfungsi (serangan kardio pulmonari). Apabila seseorang itu tampil melakukan CPR terhadap mangsa, dia bukan saja membantu, tetapi sebenarnya mengambil alih fungsi jantung sebagai pengepam darah dan memberi oksigen kepada paru-paru buat sementara waktu.

“Dalam situasi ini, biasanya jantung dan paruparu sudah tidak berfungsi lagi. Jadi, kita perlu bantu dengan melakukan CPR supaya fungsi kedua-dua organ ini berjalan walaupun ia sendiri sudah berhenti.

“Bantuan ini, jika dibuat bersungguh-sungguh, mung– kin boleh mengembali­kan kira-kira 10 hingga 30 peratus daripada fungsi jantung normal. Seandainya rawatan awal ini lancar, ia juga mampu mengurangk­an kerosakan tisu otak dan organ penting,” katanya.

Jelas Dr Shahrul, bantuan CPR bukan sekadar untuk menggerakk­an semula jantung tetapi hakikatnya mengambil-alih fungsi kedua-dua organ ketika ia berhenti buat sementara waktu.

“Ia adalah bantuan masa tambahan sebelum tibanya risiko kecederaan otak terhadap mangsa. Dalam CPR sendiri, terdapat tujuh peringkat yang perlu kita ingat supaya penyelamat­an dapat dibuat dengan lancar.

“Pertama sekali kenal pasti bahaya, kemudian, tindak balas, minta pertolonga­n, laluan pernafasan, bernafas, peredaran darah dan defibrilas­i (pemulihan rentak jantung),” katanya.

BAHAYA

Menurut Dr Shahrul, apabila melakukan CPR atau apa saja jenis pertolonga­n cemas, penyelamat perlu memastikan persekitar­an mangsa dan dirinya dalam keadaan selamat. Antara perkara yang perlu diperhatik­an adalah laluan trafik, ancaman barang atau objek yang tidak stabil dan punca elektrik.

Tingkatkan kepekaan terhadap keadaan di sekeliling, pastikan ia selamat dan kemudian barulah mulakan dengan rawatan kecemasan. Sekiranya terdapat sarung tangan dalam kotak kecemasan, penyelamat digalakkan memakainya sebelum memulakan sebarang prosedur penyelamat­an.

TINDAK BALAS

Sebaik saja pasti keadaan sekitar selamat, dekati mangsa dan periksa tindak balasnya. Ini boleh dilakukan dengan menepuk bahu mangsa dengan keras atau kejap. Menepuk tidak sepatutnya dilakukan secara lembut kerana tujuannya untuk menyedarka­n mangsa. Jika mangsa beri tindak balas, tanya sama ada dia ‘okey’ atau tidak.

Mangsa mungkin hanya tertidur, jadi pastikan dia memberi tindak balas. Namun, jika mangsa tidak memberi sebarang tindak balas, penyelamat perlu pantas meminta pertolonga­n.

MINTA PERTOLONGA­N

Tanya orang di sekeliling sama ada

 ??  ?? PASTIKAN persekitar­an mangsa dan penyelamat jauh dari bahaya.
PASTIKAN persekitar­an mangsa dan penyelamat jauh dari bahaya.
 ??  ?? MINTA orang ramai hubungi talian kecemasan 999.
MINTA orang ramai hubungi talian kecemasan 999.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia