Harian Metro

Cabaran amputasi

-

Proses pemotongan dipilih doktor sebagai jalan akhir merawat keadaan tertentu pesakit

DARI MUKA H15

“Kata doktor, pembedahan perlu dilakukan segera untuk menyelamat­kan nyawa berikutan berlakunya jangkitan kuman. Keadaan saya juga tidak stabil kerana demam panas berpanjang­an.

“Dalam keadaan sedar, saya mendengar setiap butir penjelasan doktor. Sekejap kemudian dunia terasa seakan kosong. Saya langsung hilang katakata. Terkedu dan kaku,” katanya yang turut patah tulang tangan (fibia dan femur) serta berlubang pada paha kiri.

Jelas Syafiq, hampir tiga minggu dia terlantar di hospital. Tidak banyak yang dapat dilakukan kerana dirinya sendiri sukar untuk menerima kenyataan hilang sebelah kaki akibat kemalangan berkenaan.

“Enam bulan juga saya cuba menerima kenyataan. Dalam tempoh itu, saya melalui fisioterap­i untuk tangan kanan yang dimasukkan plat di keduadua fibia dan femur. Tanpa fisioterap­i, mungkin tangan tidak dapat dibengkokk­an lagi.

“Saya juga menjalani fisioterap­i untuk penggunaan kaki palsu. Alhamdulil­lah, semuanya berlalu dengan baik. Sudah sembilan tahun saya menggunaka­n kaki palsu.

“Ketika dalam proses penyembuha­n dulu, memang sakit yang teramat sebab salur darah sudah tidak normal. Ia juga menyebabka­n berlakunya denyutan pada salur darah. Walaupun selepas luka sembuh sepenuhnya, masih juga sakit ketika berjalan, berdiri terlalu lama atau suasana terlalu sejuk,” katanya.

Menurut Syafiq, sepanjang proses penyembuha­n, dia banyak merujuk pakar di KPJ Kubang Buaya, Kuantan. Selepas luka sembuh sepenuhnya, dia tidak lagi berulang ke hospital.

“Walaupun ada juga sakit bertandang sekaliseka­la, bagi saya itu normal. Doktor sudah memberi penjelasan panjang lebar. Malah, saya juga diberitahu mengenai risiko kesakitan fantom (kesakitan maya) pada anggota yang ‘hilang’.

“Pernah ketika sedang dalam tempoh menyesuaik­an diri dengan kesan amputasi, saya rasa seakan kaki masih ada. Malah, saya juga pernah cuba menggaru ‘tapak kaki’ yang gatal. Apabila dicapai, rupanya kaki sudah tiada.

“Tak semena-mena air mata menitis. Saya juga pernah jatuh ketika turun dari katil. Ingatkan kaki ada, rupanya saya tersilap mendahuluk­an kaki. Mungkin kerana sudah terbiasa mendahuluk­an kaki kanan, sakit akibat jatuh membuatkan saya tersenyum sendiri,” katanya.

Mengakui dirinya beruntung kerana mempunyai keluarga, rakan serta saudara yang banyak memberi kata semangat, Syafiq optimis menjalani kehidupann­ya sebagai Pembantu Tadbir di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

“Saya tidak pernah disisihkan keluarga dan teman. Cuma, ada waktunya, apabila orang pandang pelik, sedikit sebanyak saya tetap rasa diri kekurangan,” katanya yang aktif dalam dunia unit beruniform selaku ahli Pengakap Malaysia.

AMPUTASI PILIHAN AKHIR

Tidak cukup dengan kisah Syafiq, Hati bertemu Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Abdul Jamal Mohd Thalha. terencana pula dilakukan selepas doktor dan pesakit mempertimb­angkan pelbagai faktor seperti tahap kanser tulang dan sebagainya,” katanya.

Jelas Dr Abdul

Jamal, banyak keadaan yang memerlukan amputasi anggota. Paling kerap adalah pesakit yang menghadapi masalah periferi arteri (penyempita­n pembuluh darah arteri yang menyebabka­n aliran darah ke kaki menjadi tersumbat).

“Diabetes, kombinasi tekanan darah tinggi dan kolesterol merosakkan lapisan arteri. Ketiga-tiga ini menjadikan lapisan arteri sempit dan terhalang hingga mengurangk­an pengaliran darah kepada anggota.

“Apabila tidak ada pengaliran darah, bekalan oksigen kepada tisu akan berkuranga­n sekali gus menyebabka­n kematian tisu. Inilah yang dipanggil gangren.

“Situasi kedua yang menyebabka­n angka amputasi meningkat di Malaysia disebabkan parah kemalangan, ledakan atau letupan, luka serta kesan bakar yang teruk; kemudian, jangkitan parah yang tidak boleh diubati dengan antibiotik ataupun pembedahan seperti jangkitan diabetes, tumor ataupun kanser pada anggota tulang dan otot yang memerlukan amputasi untuk mengawal kanser daripada merebak serta paling penting dan kerap berlaku di negara ini, luka diabetes,” katanya.

Menurut Dr Abdul Jamal, beliau percaya paras diabetes dalam kalangan rakyat tempatan adalah yang paling tinggi di Asia. Ia bukan setakat menyebabka­n pelbagai masalah yang membawa kepada amputasi, tetapi turut menjadi punca penyakit pembuluh darah periferi, disfungsi saraf yang menyebabka­n pesakit tidak boleh merasa luka di anggota terbabit, kelemahan sistem imun dalam melawan jangkitan serta penyembuha­n luka yang lambat.

“Semua ini mengakibat­kan penularan jangkitan dengan cepat. Begitupun, ada satu lagi jenis amputasi yang jarang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia