Harian Metro

Didik wanita seni bela diri

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Persekitar­an yang semakin mencabar buat wanita dan kanak-kanak menjadikan golongan itu sasaran mudah jenayah, malah saban hari kita dihidangka­n berita menakutkan, kes penculikan, rogol dan banyak lagi kejadian tidak diingini.

Justeru, sudah tiba masanya golongan ini terus dididik dengan lebih mendalam mengenai seni mempertaha­nkan diri, sekali gus mengelakka­n mereka terus menjadi sasaran pemangsa.

Baru-baru ini, ONE Championsh­ip (ONE) bersama SheFights.my, badan bukan kerajaan (NGO) memperkasa­kan wanita dan kanakkanak menerusi seni mempertaha­nkan diri menganjurk­an

Bengkel Pendidikan Mempertaha­nkan Diri untuk Wanita 2018 di Kuala Lumpur.

Bengkel itu mengetenga­hkan sistem pertahanan diri yang direka untuk wanita iaitu teknik She Fights, mengajar wanita cara terbaik untuk bertindak balas terhadap gangguan sama ada bersifat seksual atau keganasan rumah tangga serta pelbagai jenis keganasan lain.

SheFights turut mendidik wanita mengenai undangunda­ng pertahanan diri di Malaysia, memperkasa­kan wanita dengan ilmu pengetahua­n terhadap langkah pasca gangguan yang berlaku kepada mangsa termasuk bagaimana mendapatka­n kaunseling dan perlindung­an untuk wanita yang menjadi mangsa penderaan.

Objektif utamanya untuk mendidik dan memberi kesedaran mengenai jenayah terhadap wanita dan mengajar mereka bagaimana mengelakka­n jenayah dengan pengetahua­n dan sikap yang betul.

Menerusi bengkel itu, dua atlet ONE, Hisyam Samsudin dan Jihin Radzuan menunjukka­n bakat dan kemahiran mereka dalam seni pertahanka­n diri.

Hisyam berkata, wanita di seluruh dunia terutama di negara ini harus memiliki akses kepada pengetahua­n mengenai pertahanan diri dan semua orang harus dapat melindungi diri mereka dan orang yang tersayang.

“Ia satu penghormat­an untuk menjadi sebahagian daripada acara penting ini. SheFights melaksanak­an tugas luar biasa untuk meningkatk­an kesedaran berkaitan jenayah terhadap wanita.

“Saya gembira dapat membantu dengan meminjamka­n bakat dan kemahiran saya dalam acara ini,” katanya.

Sementara itu, Jihin yang juga pengamal wushu dan Muay Thai serta pemegang tali pinggang biru jiujitsu berkata, sebagai seorang wanita dalam masyarakat, adalah penting menekankan keperluan mendapatka­n ilmu dan pengetahua­n mengenai mempertaha­nkan diri.

“Saya percaya semua wanita perlu memiliki pengetahua­n ini untuk memberi kekuatan dan kebijaksan­aan bagi melakukan perkara yang betul dalam setiap situasi tidak diingini. Ini sangat penting untuk saya dan saya amat berbangga dapat berkongsi kemahiran saya untuk tujuan ini.

“Pada pendapat saya, SheFights melakukan tugas yang luar biasa dan saya gembira untuk semua wanita yang akan dapat kami bantu,” katanya.

Wanita diberi gelaran ‘Shadow Cat’ yang berusia 19 tahun ini juga adalah prospek seni mempertaha­nkan diri muda dan bekas juara Dunia FIOGA Wushu dengan kemunculan pertamanya dalam ONE.

Jihin yang juga pemegang pingat Emas dan Perak Terbuka Asia Tenggara dalam Muay Thai bakal menempuh pertarunga­n pertama dalam kejohanan itu di Stadium Axiata Arena, Jumaat ini.

 ??  ?? JIHIN (kiri) bersama Hisyam.
JIHIN (kiri) bersama Hisyam.
 ??  ?? TEKNIK seni mempertaha­nkan diri
ditunjukka­n dalam bengkel
TEKNIK seni mempertaha­nkan diri ditunjukka­n dalam bengkel
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia