Harian Metro

Bukan lagi mimpi ngeri

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my JENIS KEHAMILAN SONGSANG PENYEBAB KEHAMILAN SONGSANG

Kedudukan bayi songsang dalam kandungan kini boleh

diperbetul­kan melalui prosedur ECV

Bayi saya songsang?

Apa perlu saya lakukan? Mengapa keadaan ini terjadi? Ini antara persoalan paling kerap diajukan si ibu sebaik saja mengetahui anak yang dikandung berada dalam posisi songsang.

Pastinya ibu mahupun si bapa mula berasa panik, ada yang tidak senang duduk malah ada yang menangis apabila mengetahui perkara itu selepas melakukan imbasan ultra bunyi ketika pemeriksaa­n kandungan.

Menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi Kementeria­n Kesihatan Malaysia Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, pasangan suami isteri yang mengetahui mengenai perkara itu dinasihatk­an untuk tidak terlalu bimbang terutama apabila kandungan masih pada peringkat awal.

“Janin akan berpusing kepada kedudukan normal iaitu bahagian kepalanya di bawah apabila tiba waktunya kerana kajian kesihatan mendapati hanya tiga hingga empat peratus saja bayi akan terus berkeduduk­an songsang pada usia kandungan matang iaitu cukup 37 minggu.

“Ia bermaksud di dalam 100 kehamilan hanya tiga atau empat bayi saja yang mempunyai masalah untuk berpusing sendiri dan memastikan kepalanya berada di bawah,” katanya.

Justeru itu, Dr Muhammad Izzat berkata, bakal ibu dan bapa dinasihatk­an supaya tidak terlalu susah hati kerana kehamilan songsang pada peringkat awal kehamilan memang kerap berlaku dan peratusan ini akan menurun sehinggala­h cukup tempoh matang kehamilan.

Kehamilan songsang boleh di bahagikan kepada beberapa kategori mengikut posisi kaki janin.

Songsang rentang (extended): Kedua-dua kaki lurus dengan buku lali kaki berada di sebelah kepala bayi. Jika doktor membuat pemeriksaa­n jalan kelahiran dari bawah (pemeriksaa­n vagina), mereka akan dapat merasakan punggung bayi. Keadaan ini paling biasa berlaku iaitu kira-kira 70 peratus. Kadang kala ibu dibenarkan bersalin secara normal bagi kedudukan ini.

Songsang fleksi: Keduadua kaki terlipat pada lutut dan apabila diperiksa dari bawah doktor dapat merasakan kedua-dua buku lali kaki dan punggung bayi. Kekerapan jenis ini cuma dalam 15 peratus saja.

Songsang ‘footling’: Apabila satu kaki terlipat pada lutut dan satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah. Melalui pemeriksaa­n dari bawah terdapatny­a pergelanga­n kaki di pintu rahim. Jenis ini terjadi cuma 15 peratus saja.

Selalunya kedudukan bayi seperti ini memerlukan kaedah kelahiran secara pembedahan kerana dikhuatiri tali pusat akan turun ke bawah bersama air ketuban. Ini dipanggil prolaps tali pusat dan keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh mengancam nyawa bayi.

Ada banyak faktor yang boleh menyebabka­n kehamilan songsang antaranya:

Bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Ini antara faktor paling lazim dan biasanya bayi akan berpusing ke kedudukan normal apabila sampai waktunya.

Sejarah kandungan songsang pada kehamilan terdahulu.

Masalah pada rahim seperti fibroid ataupun terdapat pembahagia­n dinding rahim yang menghalang bayi daripada berpusing.

Uri berada di bawah ataupun previa plasenta major yang menutupi pintu rahim dan menghalang kepala bayi daripada masuk ke ruang pelvis dan menyebabka­n bayi berpusing pada kedudukan songsang.

Masalah pada bayi, masalah pada pembentuka­n kepala bayi (anensefalu­s)

Kehamilan kembar atau lebih daripada dua.

 ??  ?? KEHAMILAN songsang membimbang­kan pasangan suami isteri.
KEHAMILAN songsang membimbang­kan pasangan suami isteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia