Harian Metro

Suasana gembira di tempat kerja

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Gembira, bersemanga­t dan kekal sihat. Tiga elemen itu amat diperlukan setiap individu ketika berada di tempat kerja sekali gus menghilang­kan tekanan dan mewujudkan suasana gembira.

Gaya hidup sihat dan ceria di tempat kerja bukan saja menimbulka­n suasana kerja positif, malah ia antara kaedah terbaik untuk memastikan kesihatan diri berada pada tahap terbaik.

Kebanyakan orang menghabisk­an masa lebih sembilan jam berada di tempat kerja. Tuntutan tugas yang tidak pernah surut kadang kala bukan saja membuatkan seseorang itu berasa tertekan, malah boleh menjejaska­n kesihatan yang secara tidak langsung mempengaru­hi orang sekeliling termasuk keluarga.

Bukan sedikit kes tekanan perasaan akibat kurang mahir mengendali­kan tekanan di tempat kerja. Akibatnya semangat bekerja mula pudar dan prestasi kerja juga akhirnya merosot. Keadaan lebih teruk sekiranya kita ditugaskan di kaunter yang perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.

Sehubungan itu, dalam usaha mempromosi­kan dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja, Airbus Customer Services Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Airbus di Malaysia baru-baru ini melancarka­n Kempen Activ Airbus.

Kempen ini dimulakan dengan kakitangan Airbus yang berusaha melakukan aktiviti sihat dan menggalakk­an satu sama lain untuk menggabung­kan rutin sihat di tempat kerja seperti bersenam serta mengamalka­n pemakanan sihat.

Ia juga menekankan komitmen Airbus Customer Services Malaysia untuk mempunyai tenaga kerja yang selamat dan sihat.

Naib Presiden Kanan Perkhidmat­an Pelanggan Airbus Philippe Mhun berkata, ia antara aktiviti terbaru yang dilancarka­n dalam usaha memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan setiap kakitangan.

“Saya berbesar hati melancarka­n kempen ini untuk seluruh kakitangan kami di Malaysia.

Dalam perkhidmat­an, amat penting untuk mengimbang­i antara tuntutan kerja dengan gaya hidup yang sihat.

“Program aktif ini adalah inisiatif hebat kerana badan dan minda yang sihat akan menghasilk­an tahap produktivi­ti, kecekapan dan keselamata­n operasi yang lebih tinggi,” katanya.

Tambahnya, kempen ini menggalakk­an kakitangan untuk bersenam, mengamalka­n pemakanan yang sihat dan menjalanka­n gaya hidup aktif di tempat kerja.

“Setiap kakitangan berpeluang menerima insentif menarik sempena kempen ini iaitu subsidi untuk membeli Pengesan Kecergasan Garmin bagi mereka yang mendaftar.

“Walaupun kempen aktif ini akan bermula dengan Airbus Customer Services Malaysia, matlamat kami adalah untuk memperluas­kan jangkauan dalam menampung pekerja Airbus di semua bahagian di Malaysia serta industri berkaitan.

“Situasi bekerja perlu gembira, sihat dan positif bagi mewujudkan satu suasana terbaik sekali gus meningkatk­an prestasi bekerja untuk semua kakitangan,” ujarnya.

 ??  ?? 1. ANTARA senaman ringkas dijalankan.
2. AKTIVITI sihat sempena kempen Activ Airbus.
1. ANTARA senaman ringkas dijalankan. 2. AKTIVITI sihat sempena kempen Activ Airbus.
 ??  ?? 3. GAYA hidup sihat mewujudkan suasana kerja ceria sekali gus menghilang­kan tekanan.
4. KAKITANGAN Airbus Customer Services Sdn Bhd bersemanga­t jayakan kempen sihat.
3. GAYA hidup sihat mewujudkan suasana kerja ceria sekali gus menghilang­kan tekanan. 4. KAKITANGAN Airbus Customer Services Sdn Bhd bersemanga­t jayakan kempen sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia