Harian Metro

KUDRAT 82 TAHUN

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

Meskipun sudah dimamah usia, seorang warga tua dari Kampung Sri Serbang, Bongawan, di sini, masih aktif menoreh getah sebagai sumber pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

Amis Antul, 82, yang ditemui di Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Kampung Kinolosodo­n, Ulu Kimanis, di sini, berkata, hanya hujan yang sering menimbulka­n masalah menyebabka­n beliau tidak dapat menoreh.

“Saya menoreh getah di ladang ini sejak ia dibuka pada 2007, sudah lebih 10 tahun. Setakat ini tiada apa-apa masalah, kecuali hujan yang kerap berlaku di kawasan ini saja menyebabka­n saya tidak dapat menoreh.

“Malah saya bersyukur kerana diberi peluang oleh kerajaan menjadi peserta projek MESEJ di Kampung Kinolosodo­n ini. Selain getah yang sedia untuk ditoreh, rumah juga disediakan,” katanya ditemui, baru-baru ini.

Beliau adalah antara 24 peserta yang dipilih menyertai projek MESEJ tanaman getah dikendalik­an Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah dengan pemantauan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Kampung Kinolosodo­n, di sini.

Amis yang sebelum ini bekerja di pusat penternaka­n ayam di Bongawan, adalah peserta tertua di MESEJ berkenaan yang terletak di kawasan Banjaran Crocker, kira-kira lima kilometer dari simpang Jalan KimanisKen­ingau, di sini.

MESEJ ialah projek pertanian sama ada tanaman getah atau kelapa sawit yang diwujudkan kerajaan negeri bagi membantu ketua isi rumah termiskin (KIRT) di Sabah dengan mengambil golongan itu sebagai peserta projek.

Projek itu merangkumi pembinaan rumah yang dilengkapi kemudahan elektrik dan air untuk setiap peserta projek selain jalan raya berturap bagi memudahkan perhubunga­n.

MESEJ Kampung Kinolosodo­n yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, pada April 2015 dibuka menerusi dua fasa dengan fasa pertama seluas kira-kira 100 hektar pada 2007, manakala fasa kedua seluas 150 hektar dimulakan pada 2010.

Projek berkenaan membabitka­n penanaman kirakira 40,000 pokok getah bagi setiap fasa ditawarkan kepada peserta yang tersenarai dalam e-Kasih dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Pantai Manis dan Kawang.

Pengurus MESEJ Kinolosodo­n, Lawrrithan­oe Jeckley, 32, berkata, penanaman dan penjagaan pokok getah dilakukan LIGS sehingga matang dan boleh ditoreh sebelum diserahkan kepada peserta berdasarka­n senarai nama diluluskan Pejabat Daerah Papar.

“Setiap peserta diagihkan kawasan penorehan yang mengandung­i kira-kira 1,000 pokok getah. Sebelum mula menoreh, mereka diberi kursus mengenai cara menoreh dan penjagaan pokok getah terlebih dahulu,“katanya.

Katanya, berdasarka­n harga semasa komoditi itu ketika ini, setiap peserta mampu memperoleh pendapatan lebih RM500 sebulan.

 ??  ?? AMIS mencari rezeki dengan menoreh getah di ladang getah Kampung Kinolosodo­n, Ulu Kimanis.
AMIS mencari rezeki dengan menoreh getah di ladang getah Kampung Kinolosodo­n, Ulu Kimanis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia