Harian Metro

Angkut barang seludup

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

 Lori bawa ubat, kosmetik keluar dari pelabuhan ditahan

Seorang lelaki ditahan selepas lori dua tan dipandunya didapati membawa ubat dan barangan kosmetik terlarang dianggarka­n bernilai RM49,762 dipercayai diseludup dari Filipina, kelmarin.

Pada kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, suspek warga tempatan yang berusia 49 tahun itu ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di Kampung Bokara, di sini.

Komander PPM Wilayah 4, Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz berkata, bertindak hasil maklumat awam dan risikan, pihaknya menahan lori dipandu suspek ketika kenderean berat itu bergerak keluar dari Pelabuhan Sandakan.

Beliau berkata, anggota PPM kemudian melakukan pemeriksaa­n sebelum menemui pelbagai jenis ubatan dan barangan kosmetik dalam ruang simpanan lori terbabit.

“Siasatan mendapati semua barangan seludup itu dibawa masuk melalui feri dari Zamboanga, Filipina ke jeti Pelabuhan Sandakan.

“Suspek kemudian cuba membawa keluar barangan berkenaan dari pelabuhan terbabit sebelum dia ditahan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek ditahan dan semua barangan seludup bersama lori itu dirampas untuk siasatan lanjut.

Katanya, PPM masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian ini termasuk sama ada pihak lain terbabit dalam kegiatan haram ini.

“Kes itu dirujuk ke cawangan Farmasi Sandakan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Farmasi 1951,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis marin menunjukka­n antara barangan yang dirampas.
ANGGOTA polis marin menunjukka­n antara barangan yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia