Harian Metro

Lanyak kebun haram

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

 Tentera darat Malaysia, Indonesia musnah tanaman di kawasan santuari hidupan liar

Sebanyak 6,757 tanaman di kawasan seluas lapan hektar yang ditanam secara haram di kawasan Santuari Hidupan Liar Samunsam di sini, dimusnahka­n bermula 19 Februari lalu hingga kelmarin.

Ia selepas pengusaha tanaman berkenaan tidak mengendahk­an arahan pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia supaya mereka menghentik­an aktiviti pertanian haram di hutan simpan terbabit.

Operasi dijalankan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Darat (TNI-AD).

Panglima Briged Ketiga Infantri TDM, Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin berkata, keputusan menghentik­an pertanian haram itu dicapai selepas tinjauan oleh pegawai tinggi Tiga Briged Infantri Malaysia dan KOREM 121/ABW TNI-AD pada 30 Mac 2017.

Katanya, hasil tinjauan itu, pemerintah TDM dan TNI-AD bersetuju mengarahka­n 31 penduduk Kampung Camar Bulan Temajuk, Indonesia menghentik­an kegiatan pertanian haram itu dan memberi tempoh sehingga 31 Disember lalu untuk mereka menebang semua tanaman itu.

Menurutnya, keputusan itu direkodkan dalam mesyuarat bilateral Malaysia-Indonesia, pada 29 Ogos 2017.

Bagaimanap­un, tinjauan udara oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) pada 29 Disember 2017, mendapati penceroboh­an itu terus berlaku.

“Justeru, Malaysia dan Indonesia sepakat bertindak tegas bagi menamatkan isu penceroboh­an hutan simpan berdekatan sempadan itu.

“Tindakan itu kita laksanakan dalam suasana harmoni dengan semangat toleransi dan bertolak ansur antara pemerintah supaya permasalah­an persempada­nan dapat diselesaik­an sebaik mungkin tanpa mencetuska­n konflik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup operasi pembersiha­n itu di sini, kelmarin.

Turut hadir, pegawai kanan KOREM 121/ABW TNI-AD, Leftenan Kolonel Infantri Abdul Rahman serta pegawai Konsul Jeneral Republik Indonesia, Muhammad Abdullah.

Mohd Bustaman berkata, isu persempada­nan itu tercetus apabila Markas Tiga Briged Infantri menerima beberapa aduan daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Jabatan Perhutanan, Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) serta Pasukan Gerakan Am (PGA) melalui pejabat Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Sarawak, berhubung penceroboh­an untuk melakukan aktiviti pertanian haram itu pada Mac 2017.

 ?? Mohd Bustaman Mat Zin ?? PEGAWAI kanan TDM dan TNI-AD serta pelbagai agensi Malaysia dan Indonesia meninjau perkampung­an berhampira­n sempadan di Telok Melano.
Justeru, Malaysia dan Indonesia sepakat bertindak tegas bagi menamatkan isu penceroboh­an hutan simpan berdekatan...
Mohd Bustaman Mat Zin PEGAWAI kanan TDM dan TNI-AD serta pelbagai agensi Malaysia dan Indonesia meninjau perkampung­an berhampira­n sempadan di Telok Melano. Justeru, Malaysia dan Indonesia sepakat bertindak tegas bagi menamatkan isu penceroboh­an hutan simpan berdekatan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia