Harian Metro

JHL tangkap tujuh gajah

-

Tujuh gajah yang dipercayai menceroboh kawasan kampung serta memasuki sekolah dan balai polis di Telupid, dalam beberapa kejadian, sejak awal tahun ini, sudah ditangkap.

Ia ditangkap oleh

Jabatan Hidupan Liar

(JHL) Sabah selepas menerima laporan berhubung kejadian penceroboh­an haiwan itu di daerah berkenaan, baru-baru ini.

Setakat ini, lima gajah itu dipindahka­n ke Hutan Simpan Imbak, manakala dua ekor lagi dalam proses untuk pemindahan.

Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, enam daripada tujuh gajah itu, iaitu tiga jantan dan tiga betina, ditangkap antara 22 Februari hingga 5 Mac.

Beliau berkata, terbaru, seekor gajah betina berjaya ditangkap kelmarin.

“Dua gajah yang ditangkap pada semalam (kelmarin) serta Isnin lalu, kini dalam proses untuk dipindahka­n dan kemungkina­n akan dipindahka­n ke Hutan Simpan Deramakot,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengenai kos operasi setakat ini, Augustine berkata, bagi setiap gajah yang dipindahka­n, ia membabitka­n kos RM30,000.

“Bagaimanap­un, kami ada juga menerima banyak bantuan daripada individu dan syarikat swasta, termasuk makanan untuk gajah sambil menunggu proses pemindahan,” katanya.

Pada Februari lalu, media melaporkan beberapa kampung di Telupid didatangi sekumpulan 20 ekor gajah sejak awal tahun ini.

 ??  ?? AUGUSTINE
AUGUSTINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia