Harian Metro

Lori gemar berlonggok di ‘Junction 5’

-

Bintulu: Beberapa lokasi panas di daerah ini termasuk ‘Junction 5’ dikesan menjadi tumpuan pemandu lori untuk meletak kenderaan berat mereka, sama ada untuk berehat atau mengelak dari operasi sekatan jalan raya oleh agensi berkaitan.

Tinjauan wartawan New Straits Times Press (NSTP) mendapati kebanyakan lori ini tersadai di bahu jalan tanpa mengikut peraturan keselamata­n jalan raya yang dikhuatiri boleh mengancam nyawa pengguna di kawasan itu.

Lebih membimbang­kan, kebanyakan kenderaan berkenaan diparkir tanpa menghidupk­an lampu kecemasan, sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain, khususnya penunggang dan pembonceng motosikal.

Bagi pengguna laluan berkenaan, James Rengkai, 38, dia sendiri pernah berdepan pengalaman ngeri pagi semalam apabila hampir merempuh sebuah lori yang diparkir di bahu jalan tanpa sebarang tanda amaran.

“Di ‘Junction 5’ dan kawasan sekitarnya, keadaan agak gelap pada waktu malam dan awal pagi, selain berkabus. Ini antara faktor yang boleh mengundang bahaya jika kenderaan diparkir tanpa mengikut prosedur keselamata­n sepatutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, pemandu lori bertanggun­gjawab memasang lampu amaran kecemasan atau papan tanda amaran segi tiga sekiranya kenderaan mereka mengalami kerosakan.

“Papan tanda berkenaan sebaik-baiknya diletakkan dalam jarak 30 meter dari kenderaan mereka bagi memudahkan­nya dilihat pengguna jalan raya lain, sekali gus mengelak berlakunya kemalangan.

“Selain itu, jika menggunaka­n apa sahaja penanda kecemasan lain seperti ranting kayu atau daun, hendaklah diletakkan pada jarak bersesuaia­n bagi memberi ruang pemandu lain membrek atau memberhent­ikan kenderaan mereka,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n laporan, ada juga pemandu lori meninggalk­an kenderaan tengah jalan tanpa penanda kecemasan sehingga dirempuh kenderaan lain.

“Jika lori diparkir di tepi jalan atau lorong dengan tidak meletak sebarang penanda amaran atau menghidupk­an lampu kecemasan, tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan denda tidak kurang RM300, jika sabit kesalahan,” katanya.

Alexson turut memberi amaran kepada mana-mana pemandu lori serta pengguna jalan lain supaya mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

 ??  ?? SEBUAH lori yang diletakkan di bahu jalan tanpa mengikut prosedur keselamata­n.
SEBUAH lori yang diletakkan di bahu jalan tanpa mengikut prosedur keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia