Harian Metro

Dua lelaki ditahan dalam kereta miliki dadah

-

Saratok: Dua lelaki di dalam sebuah kereta di jalan mati berhampira­n Pekan Roban, di sini, membongkar rahsia salah seorang daripadany­a memiliki syabu dan pil nospan, kelmarin.

Pada kejadian jam 7.15 malam itu, suspek berusia 25 dan 40 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superinten­dan Mordani Tanin berkata, ketika kejadian, pihaknya terserempa­k dengan sebuah kereta Proton Savvy dalam keadaan mencurigak­an di jalan berkenaan.

Beliau berkata, anggota kemudian mengarahka­n pemandu kereta itu memberhent­ikan kenderaan untuk pemeriksaa­n.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut membawa penemuan 17 penyedut minuman mengandung­i dadah jenis syabu, dengan anggaran berat 1.5 gram bersama 10 pil nospan yang disembunyi­kan dalam beg kecil.

“Selepas disoal siasat, salah seorang suspek mengakui dadah berkenaan miliknya,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan, manakala dadah itu dirampas untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes ini termasuk mengenal pasti dari mana bekalan dadah berkenaan diperoleh dan destinasi pengedaran­nya.

“Kita tidak menolak kemungkina­n suspek antara rangkaian pengedaran dadah kecil-kecilan yang bergerak aktif di daerah ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa dan menemui bekalan dadah dalam sebuah kereta.
ANGGOTA polis memeriksa dan menemui bekalan dadah dalam sebuah kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia