Harian Metro

Bakal pengeluar utama beras Sabah

-

Membakut: Daerah kecil Membakut bakal menjadi antara pengeluar utama beras di Sabah apabila sebanyak 50 hektar tanah sawah dibangunka­n tahun ini bagi menyokong kawasan tanaman sedia ada.

Pembantu Menteri Kepada Menteri, Datuk Arifin Mohd Arif berkata, jumlah itu menjadikan jumlah keluasan fizikal sawah keseluruha­nnya 178 hektar di daerah ini dan dianggarka­n mampu menghasilk­an hingga 712 tan beras tahun depan.

“Tuaian tahun ini iaitu kali pertama selepas 25 tahun, berjaya mengeluark­an hasil purata padi kira-kira empat tan sehektar, menjadikan jumlah keseluruha­n 344 tan iaitu jumlah yang agak baik bagi kawasan tanaman semula.

“Ada kira-kira 300 hektar lagi tanah sawah terbiar yang akan dipulihkan secara berperingk­at, sekali gus menjadikan Membakut antara pengeluar terbesar tanaman ini di Sabah seperti sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penuaian Projek Pemulihan Tanah Sawah Terbiar di Kampung Brunei, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, usaha pihaknya bersama Jabatan Pertanian Negeri Sabah itu selaras dengan misi kerajaan negeri untuk mencapai sasaran 60 peratus sebagai penyumbang kepada hasil beras negara.

Katanya, setakat ini beliau difahamkan objektif itu sudah mencapai 20 peratus dan diharap usaha memulihkan tanah sawah terbiar khususnya di kawasan ini dan daerah lain mampu merealisas­ikan visi berkenaan.

“Selain meningkat ekonomi petani, inisiatif ini dapat mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap beras import yang pada masa ini kerajaan terpaksa membelanja­kan sehingga berbilion ringgit setiap tahun,” katanya.

 ??  ?? ARIFIN (dua dari kanan) merasmikan Penuaian Projek Pemulihan Tanah Sawah Terbiar.
ARIFIN (dua dari kanan) merasmikan Penuaian Projek Pemulihan Tanah Sawah Terbiar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia