Harian Metro

MUDAH BELI SENJATA PEMBUNUH

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

 Lambakan senjata diiklan di media sosial undang kebimbanga­n “Kami difahamkan, setakat ini tiada akta khusus berhubung isu ini. Mungkin garis panduan saja sudah memadai iaitu pembeli perlu mendaftark­an golok atau pisau yang boleh dijadikan rujukan jika ada kes berkaitan”

Nadzim

Lihat, tempah dan dapat. Semudah itu menempah pelbagai jenis senjata tajam menerusi belian dalam talian sehingga mengundang kebimbanga­n ia digunakan untuk melakukan jenayah.

Nama seperti Butterfly Knife, Recurve Compact Fighter, Wali Jantan dan Bilah Tumbuk Lada antara peralatan terlaris yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran serta boleh didapati dengan mudah, namun timbul isu keselamata­n apabila ada sebahagian­nya tidak sesuai digunakan dalam kerja seharian.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada masyarakat yang gusar dengan lambakan senjata itu seperti diiklankan di media sosial kerana ia boleh menyumbang kepada pelakuan jenayah menggunaka­n alat terbabit.

Katanya, hasil pemantauan PPIM mendapati, terdapat lebih 20 akaun Facebook menawarkan pelbagai jenis pisau sama ada yang sudah siap untuk dijual atau pun boleh ditempah khas mengikut kemahuan pembeli.

“Kami bimbang ia digunakan untuk tujuan tidak sepatutnya. Ada yang menjadikan perkakasan senjata ini sebagai koleksi peribadi, ada yang menempah golok untuk kerja penyembeli­han, tetapi sesetengah­nya mengundang rasa takut kerana ia sering digunakan kumpulan penjenayah atau kongsi gelap.

“Timbul persoalan untuk apa senjata seperti pedang samurai, kerambit bercorak ini disimpan. Kenapa pula ia sangat mudah dibeli dan bagaimana pula tahap keselamata­n penyediaan perkhidmat­an untuk setiap barangan yang dipos kepada pelanggan,” katanya kepada Harian Metro.

Wartawan cuba membeli kerambit daripada seorang pembuat dan pisau di Lembah Klang menerusi Facebook yang ditawarkan pada harga RM260 sebilah, selepas tiga hari, barangan dipesan menggunaka­n nama samaran diterima.

Terbukti, tempahan menerusi nombor tertera di Facebook tidak perlu melalui proses yang sukar malah ketika barang dituntut, pembeli hanya perlu menulis nama serta menandatan­gani dokumen serahan tanpa perlu pemeriksaa­n lanjut.

Nadzim berkata, PPIM juga mahu pihak berwajib mengeluark­an garis panduan khusus kepada pembuat golok di negara ini bagi memastikan perkakas yang dihasilkan tidak digunakan untuk kegiatan salah dari segi undang-undang.

“Kami difahamkan, setakat ini tiada akta khusus berhubung isu ini. Mungkin garis panduan saja sudah memadai iaitu pembeli perlu mendaftark­an golok atau pisau yang boleh dijadikan rujukan jika ada kes berkaitan.

“Jika tidak, sesiapa saja bebas membeli dan memiliki barangan ini atas nama hobi, tetapi sangat berisiko untuk kegiatan jenayah. Kalau senjata api perlu dilesenkan, saya kira serupa juga dengan senjata tajam ini kerana ia juga berbahaya.

“Saya ingin jelaskan, kami bukanlah hendak mengganggu perniagaan orang, kalau yang baik, kami pun menyokong. Tetapi perlu dilakukan dengan sebaik mungkin supaya tidak mengundang bahaya lain,”

katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KERAMBIT berukiran kebiasanny­a untuk simpanan peribadi.
KERAMBIT berukiran kebiasanny­a untuk simpanan peribadi.
 ??  ??
 ??  ?? PISAU antara senjata yang boleh dibeli di dalam talian.
PISAU antara senjata yang boleh dibeli di dalam talian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia