Harian Metro

DOA UNTUK MAK LONG

- Sudirman Mohd Tahir dan Syafil Syazwan Jefri news@nstp.com.my

 Anak saudara turut bersedih harap penyelesai­an terbaik untuk keluarga

Saya tak boleh cakap lebih kerana memang tidak tahu-menahu

Ernie Zakri

Penyanyi Ernie Zakri yang juga anak saudara kepada Ziana Zain turut bersedih dengan perkara menimpa keluarga penyanyi itu.

Bagaimanap­un, Ernie, 26, enggan mengulas mengenai apa yang berlaku, sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

“Saya tidak berapa tahu mengenai perkara membabitka­n keluarga Mak Long (Ziana Zain). Namun, sebagai keluarga, saya mengharap dan mendoakan yang terbaik. Semoga ada penyelesai­an terbaik untuk Mak Long. Insya-Allah.

“Saya tak boleh cakap lebih kerana memang tidak tahu-menahu. Apa pun kami semua turut bersedih dan mendoakan yang baik-baik saja untuk Mak Long,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, Ernie berkata, ibunya ada menghubung­i Ziana bertanyaka­n mengenai perkara itu.

“Kami memang terkejut. Siapa suka mendengar berita seperti itu, lebih-lebih lagi membabitka­n keluarga sendiri.

“Mak saya ada menghubung­i Mak Long dan bertanya khabar. Hal orang tua, lebih baik saya tidak masuk campur,” katanya.

Sementara itu, Ziana ketika dihubungi pagi semalam belum bersedia untuk berkongsi perkara itu dengan pihak media.

“Saya minta maaf. Buat masa sekarang, saya masih perlukan ruang,” katanya kepada Harian

Metro ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

Kelmarin, suami Ziana, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mencederak­an anak lelakinya, 25 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, dia yang kini tidak bekerja didakwa menyebabka­n kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunaka­n rotan.

Dalam pada itu, penyanyi Siti Nordiana yang rapat dengan Ziana turut memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

“Kak Ziana antara artis yang rapat dan baik dengan saya. Saya harap semua dapat berikan ruang kepadanya dan memahami situasi dilaluinya,” katanya.

Siti Nordiana juga berdoa dan mengharapk­an supaya semuanya berjalan lancar.

“Saya sentiasa berharap dan mendoakan semua yang dilalui Kak Ziana sekeluarga berjalan dengan lancar dan dipermudah­kan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia