Harian Metro

HARI-HARI BEGINI

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Ibu tunggal tahan sakit lutut demi kasih anak syurga

“Hari-hari kena dukung anak setiap kali keluar rumah. Berat anak dan kerusi roda cuma 38 kilogram tapi masalah lutut (Arthritis) menyebabka­n saya sakit setiap kali mendukungn­ya.

“Meskipun doktor nasihatkan saya jangan angkat objek berat tapi saya tiada pilihan,” kata Siti Zailah Zainal, 40, yang tidak pernah jemu melayan anak istimewa, Nur Nia Alisha Ahmad Yaman, 8, yang juga penghidap palsi serebral (CP).

Ibu tunggal itu berkata, dia bersama Nur Nia Alisha dan seorang lagi anaknya, Ahmad Bilal I’qwan, 13, menyewa di tingkat dua rumah kedai tiga tingkat di Taman Lestari Perdana di sini, sejak tiga tahun lalu.

Keadaan Nur Nia Alisha menyebabka­n dia membawa kanak-kanak itu bersamanya setiap kali keluar bagi urusan harian.

“Saya usung naik turun tangga anak bersama kerusi rodanya empat ke lima kali sehari kerana rumah kami tidak ada kemudahan lif.

“Saya tak kisah sakit asalkan Nur Nia Alisha sentiasa bersama dan mendapat kasih sayang secukupnya. Dia dikategori­kan sebagai spastik kuadripleg­ia mengakibat­kan otak kanannya lumpuh,” katanya, semalam.

Wanita itu berkata, dia menyewa di bangunan tiga tingkat terbabit berikutan lokasinya strategik, kadar sewa murah selain menepati syarat Lembaga Zakat Selangor yang hanya me- luluskan bantuan sewa RM600 ke bawah.

Dia memberitah­u antara rutin harian adalah membawa Nur Nia Alisha mendapatka­n rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Rehabilita­si Cheras dan menjalani latihan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Sepang.

“Kalau nak hantar abangnya latihan sukan atau kelas tambahan di sekolah pada waktu malam pun kena bawa Nur Nia Alisha bersama, saya bimbang tinggalkan dia sendirian di rumah.

“Bagi memudahkan pergerakan, saya mohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak dua tahun lalu tapi belum terima jawapan.

“Harap kami ditawarkan unit kediaman di tingkat paling bawah. Jika lif rosak sekali pun tidak jejaskan pergerakan kami,” katanya.

Menurutnya, meskipun berpisah sejak lima tahun lalu, bekas suami tetap memberikan nafkah untuk kedua-dua anak selain membayar ansuran bulanan kereta yang digunakan.

Dia yang tidak bekerja berkata, selain mengharapk­an bekas suami, bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

(JKM) sebanyak RM550 meringanka­n beban menyediaka­n keperluan Nur Nia Alisha.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembanguna­n Komuniti DBKL Wan Mohd Ghazali Nor berkata, pihaknya menyemak semula permohonan wanita terbabit.

“Jika dokumen dihantar lengkap, permohonan ini layak dipertimba­ngkan unit PPR diuruskan DBKL,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SITI Zailah mengangkat kerusi roda menuruni tangga dari tingkat dua rumah sewanya di Lestari Perdana untuk ke hospital setiap hari. SITI Zailah menyuapkan makanan dan menguruska­n Nur Nia Alisha yang menghidap kelumpuhan otak.
SITI Zailah mengangkat kerusi roda menuruni tangga dari tingkat dua rumah sewanya di Lestari Perdana untuk ke hospital setiap hari. SITI Zailah menyuapkan makanan dan menguruska­n Nur Nia Alisha yang menghidap kelumpuhan otak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia