Harian Metro

Maut rempuh belakang lori simen

-

Petaling Jaya: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang­nya merempuh lori pembancuh simen yang berhenti di tepi jalan di Kilometer 2 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala ke Kepong, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.04 tengah hari, mangsa yang menunggang motosikal bersendiri­an keluar dari susur laluan motosikal berhampira­n Plaza Tol Penchala tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kenderaan berat itu.

Mangsa, Mohamad Rozaimi, 32, berasal dari Bandar Sri Damansara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala motosikal jenis Honda Spacy ditunggang­nya rosak di bahagian depan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori pembancuh simen itu memberhent­ikan kenderaann­ya di tepi kiri jalan yang terdapat papan tanda dilarang berbuat demikian.

“Di kawasan itu ada papan tanda amaran larangan memberhent­ikan kenderaan.

“Kita akan siasat apa punca sebenar pemandu lori berusia 54 tahun itu memberhent­ikan kenderaann­ya di situ dan ketika kejadian lori berkenaan sarat muatan simen,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? MAYAT mangsa ditutup dengan kain putih selepas merempuh belakang lori pembancuh simen.
MAYAT mangsa ditutup dengan kain putih selepas merempuh belakang lori pembancuh simen.
 ??  ?? MOHAMAD Rozaimi
MOHAMAD Rozaimi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia