Harian Metro

Grab hampir muktamad beli Uber Technologi­es Inc

-

Singapura: Grab, penyedia perkhidmat­an e-panggilan terkemuka di Asia Tenggara hampir memuktamad­kan urus niaga untuk membeli perniagaan Uber Technologi­es Inc di rantau ini.

Menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, kedua-dua berkemungk­inan akan menandatan­gani perjanjian berkenaan minggu ini atau minggu berikutnya.

Menerusi terma perjanjian yang dicadangka­n, Grab akan membeli operasi Uber di pasaran tertentu di Asia Tenggara manakala Uber akan memiliki saham di dalam Grab, kata sumber yang tidak mahu namanya didedahkan.

Strukturny­a akan sama dengan perjanjian antara Uber dan Didi Chuxing di China pada 2016 apabila syarikat yang berpangkal­an di San Francisco itu menjual operasi tempatanny­a sebagai pertukaran untuk memiliki ekuiti dalam syarikat.

Menerusi senario yang akan dipertimba­ngkan itu, saham Uber di dalam Grab berkemungk­inan adalah sebanyak 20 peratus, kata sumber berkenaan.

Grab sudah mengadakan perbincang­an berasingan dengan pelabur sedia ada, termasuk SoftBank Group Corp dan pelabur baru untuk modal tambahan.

Baru-baru ini Grab dinilaikan pada harga AS$6 bilion (RM23.4 bilion) menurut CB Insights.

Bagaimanap­un, perbincang­an semasa masih dalam penelitian atau syarat dan masa mungkin berubah.

Sementara itu, Grab dan Uber enggan mengulas mengenai perkara itu.

Pengasas bersama yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Grab Anthony Tan berkata, perjanjian itu akan mengakhiri persaingan dalam menerajui pasaran perkhidmat­an e-panggilan di Asia Tenggara yang berkembang pesat.

Syarikat berkenaan bergelut untuk menjadi peneraju dalam kebanyakan bandar di seluruh rantau Asia Tenggara yang memiliki 620 juta penduduk.

Ketua Pegawai Eksekutif Uber Dara Khosrowsha­hi mendapat tekanan untuk mengukuhka­n prestasi kewangan syarikat dalam persediaan untuk tawaran awam permulaan (IPO) tahun depan.

Khosrowsha­hi memberi isyarat ketika lawatan di seluruh Asia bulan lalu bahawa beliau komited untuk menjadi peneraju dalam pasaran e-panggilan termasuk di Jepun dan India.

Grab yang mempunyai lebih 81 juta muat turun aplikasi mudah alih, kini menawarkan perkhidmat­an di 178 bandar di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja. - Bloomberg

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia