Harian Metro

Tarik anugerah Suu Kyi

- AFP

Muzium Peringatan Holokaus Amerika Syarikat (AS) menarik semula anugerah berprestij hak asasi manusia yang diberikan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana didakwa hanya berdiam diri dalam tragedi penghapusa­n etnik Islam Rohingya.

Suu Kyi yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan pada 1991 atas perjuangan­nya menentang pemerintah­an kuku besi junta tentera menerima Anugerah Elie Wiesel dari muzium itu enam tahun lalu sebagai menghargai jasanya menentang kezaliman dan meraih kemerdekaa­n untuk semua rakyat Myanmar.

Muzium berkenaan bagaimanap­un, memutuskan untuk menarik semula anugerah berkenaan selepas memperoleh banyak bukti yang menunjukka­n wanita itu hanya berdiam diri dalam operasi ketenteraa­n ke atas etnik terbabit.

“Selepas serangan tentera ke atas masyarakat Rohingya didedahkan pada 2016 dan 2017, kami berharap anda sebagai individu yang selama ini berjuang untuk kemerdekaa­n rakyat Myanmar melakukan sesuatu bagi membantu etnik itu, atau sekurang-kurangnya menyuaraka­n pendapat mengutuk kezaliman berkenaan,” kata pengurusan muzium berkenaan dalam surat rasmi kepada Suu Kyi.

Suu Kyi dan Parti Liga Demokrasi Nasional jelas menolak untuk bekerjasam­a dengan pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kekal sebagai satu retorik dalam gerakan anti Rohingya.

“Parti Suu Kyi juga melarang media melaporkan kejadian pembunuhan besar-besaran ke atas etnik itu.

“Tindakan zalim pihak tentera khususnya sejak beberapa bulan kebelakang­an ini menuntut anda melakukan sesuatu yang boleh membantu tetapi anda memilih untuk berdiam diri,” kata surat itu lagi.

 Kerana diam diri terhadap kezaliman ke atas etnik Rohingya

 ?? - AFP ?? GAMBAR dirakam pada Oktober 2017 menunjukka­n pelarian Rohingya melintasi Sungai Naf untuk masuk ke sempadan Bangladesh bagi melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar.
AUNG San Suu Kyi
- AFP GAMBAR dirakam pada Oktober 2017 menunjukka­n pelarian Rohingya melintasi Sungai Naf untuk masuk ke sempadan Bangladesh bagi melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar. AUNG San Suu Kyi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia