Harian Metro

Boleh bincang selesai isu denda RM9j: Rezal

- Devinder Singh devinder@nstp.com.my

Shah Alam: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) sepatutnya berbincang dengan 10 pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang terbabit dengan isu hukuman denda RM9 juta bagi mencari jalan penyelesai­an.

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya berkata, ini penting kerana isu terbabit perlu diselesaik­an segera untuk menjaga hubungan antara penganjur Liga M dan pasukan.

Katanya, ini selepas FMLLP menerima kritikan daripada Kuala Lumpur, PKNS dan Persatuan Bola India Malaysia (MIFA) yang menyifatka­n hukuman berat itu boleh ‘membunuh’ pasukan mereka.

“Kami tidak mahu campur tangan dalam isu antara FMLLP dengan kelab dan persatuan bola sepak ini terutama dalam hal berkaitan peraturan dan garis panduan,” kata Rezal dalam satu majlis memperkena­lkan penaja Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM, di sini.

“Saya fikir semua orang sedar mengenai peraturan itu sebelum bermulanya musim ini. Pasukan-pasukan ini tahu yang mereka melakukan kesalahan dan kami harap mereka mengambil peluang ini perbetulka­n kesilapan.

“Mereka masih boleh mengemukak­an rayuan dan ia lebih baik untuk FMLLP dan semua pasukan ini merancang satu pertemuan untuk membincang­kan hal ini.”

Empat pasukan Liga Super iaitu Kuala Lumpur, PKNS, Kelantan dan Selangor semuanya dikenakan denda RM 1.5 juta manakala Kuantan FA, MIFA, Pulau Pinang, PDRM, Sarawak dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang beraksi dalam saingan Liga Perdana perlu membayar RM 500,000.

Rezal turut menyambut baik cadangan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang meminta pemain berani tampil dalam melaporkan gejala rasuah seperti mengatur perlawanan untuk diberi ganjaran.

“Ia adalah cadangan bagus,” kata Rezal. “SPRM tampak benar-benar serius dalam membantera­s gejala mengatur perlawanan ini.

“Pemain perlu berani tampil ke depan untuk menyalurka­n maklumat sekiranya mereka didekati bookie. Mereka kini mempunyai platform untuk melaporkan­nya.”

 ?? FAIZ ANUAR ?? REZAL (duduk kanan) setuju cadangan SPRM pemain tampil melaporkan gejala rasuah diberikan ganjaran.
FAIZ ANUAR REZAL (duduk kanan) setuju cadangan SPRM pemain tampil melaporkan gejala rasuah diberikan ganjaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia