Harian Metro

Kongsi pengalaman bina perniagaan

- Nor Akmar Samudin akmar@nstp.com.my

“Saya melihat Fizo Omar sebagai ikonik untuk orang muda yang boleh memperkasa­kan golongan itu dalam merancakka­n pembanguna­n ekonomi negara. Dia tidak perlu membadutka­n diri seperti sesetengah orang untuk dikenali di laman sosial dan kita pula kekurangan hero dalam kalangan generasi muda,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN)

Kuah, Langkawi,

Nor Saidi Nanyan.

Nor Saidi memilih Fizo sebagai ikon program Rakan Strategik Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) selepas melihat rekod kejayaan dan pencapaian pelakon itu dalam perniagaan yang dibinanya dalam masa dua tahun.

Sementara itu, Fizo berkata, dia tidak menyangka penduduk Langkawi begitu menghargai usahanya dan menganggap peluang itu sangat bermakna bukan sahaja buatnya malah kepada lebih 200 peserta yang mengikuti program Rakan Strategik LADA.

“Alhamdulil­lah, saya menerima pelantikan ini dengan hati terbuka dan apa yang penting peluang untuk berkongsi pengalaman membina perniagaan bersama mereka yang baru melangkah dalam lapangan ini.

“Yang Berhormat (Nor Saidi) beritahu saya mengenai peluang perniagaan yang terbuka luas di Langkawi terutama berkaitan pelanconga­n yang belum dimanfaatk­an anak muda di sini. Diharap kehadiran saya dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk merebut peluang seperti yang dikatakan wakil rakyat mereka,” kata Fizo ketika ditemui selepas majlis perasmian Rakan Strategik LADA di Langkawi, barubaru ini.

Menurut pelakon filem Isyarat Cinta itu, walaupun Langkawi sudah terkenal di dunia namun masih banyak ruang belum diterokai sepenuhnya walhal ia boleh dikomersil­kan.

“Saya ada mencadangk­an kepada LADA yang bertanggun­gjawab memajukan pelanconga­n Langkawi beberapa perkara. Antaranya, perkhidmat­an di Tasik Dayang Bunting dan Ayer Hangat Village yang saya lihat peluang sangat besar terutama dari perspektif pemasaran digital.

“Saya mengagumi usaha beliau untuk memperting­katkan ekonomi rakyat setempat seperti pembinaan gerai makanan tradisiona­l di Tanjung Pandan, Pulau Tuba yang kini kembali ‘hidup’ dengan kehadiran pelancong dan insyaAllah saya di Fizo Omar Channel akan membantu sehabis daya dalam menjayakan lagi perancanga­n beliau,” katanya.

Awal Februari lalu, Fizo dan empat lagi wakil syarikatny­a dibawa melawat ke beberapa lokasi pelanconga­n Pulau Lagenda itu seperti di Oriental Village, Gunung Machincang, Ayer Hangat Village, Pulau Tuba dan meninjau Tasik Dayang Bunting dari udara menaiki helikopter tajaan HeliOutPos­t.

“Kami juga dibawa menikmati makan tengah hari di gerai Mak Ngah Gulai Panas dan apa boleh saya katakan gulai ikan pancing yang disediakan sangat menyelerak­an dan kalau saya ke Langkawi lagi, pasti saya ke sini lagi.” katanya.

 ??  ?? TIM BALAN Ketua Pegawai Eks ekutif (Peranc angan dan Pembanguna­n) LADA Ahmad Zaini Zabaai (dua dari kanan) s ampaikan c enderahati kepada Fizo.
TIM BALAN Ketua Pegawai Eks ekutif (Peranc angan dan Pembanguna­n) LADA Ahmad Zaini Zabaai (dua dari kanan) s ampaikan c enderahati kepada Fizo.
 ??  ?? FIZO dibawa
melawat ke pulau Tuba.
FIZO dibawa melawat ke pulau Tuba.
 ??  ?? MELIH AT keindahan Langkawi dari udara.
MELIH AT keindahan Langkawi dari udara.
 ??  ?? FIZO (tengah)
akan bantu memperkena­lkan Langkawi kepada
pelanc ong.
FIZO (tengah) akan bantu memperkena­lkan Langkawi kepada pelanc ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia