Harian Metro

Gelandanga­n lalok buat astaka bagai rumah

-

Kuching: Gelandanga­n lalok. Itu gelaran sesuai kepada beberapa individu yang bukan saja menumpang tidur di kawasan astaka padang ragbi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), malah turut dikesan positif dadah.

Lelaki berusia 30 hingga 37 tahun itu dikesan menjadikan lokasi berkenaan sebagai ‘rumah’, selain turut dijadikan tempat melepaskan gian.

Bukan itu saja, gelandanga­n terbabit juga disyaki menjadi peniaga dan penjaja berhampira­n lokasi berkenaan sebagai ‘lubuk’ untuk memeras ugut bagi mendapatka­n wang mudah selain menganggu pelatih ragbi.

Namun, kegiatan mereka sejak beberapa minggu lalu tidak berpanjang­an selepas lokasi berkenaan diserbu sepasukan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak, jam 8.30 malam kelmarin.

Pengarahny­a, Wan Madihi Wan Salleh berkata, padang ragbi berkenaan dijadikan gelandanga­n terbabit sebagai lokasi untuk melepaskan gian kerana ianya sunyi pada waktu malam.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui pelbagai peralatan menghisap dadah di sekitar astaka berkenaan dipercayai

digunakan penagih untuk melepaskan gian, namun tiada sebarang dadah ditemui.

“Hasil risikan dan maklumat awam juga mendapati peniaga dan penjaja di kawasan berkenaan sering diugut penagih dan kerap berlaku kecurian dipercayai dilakukan kumpulan berkenaan,” katanya.

Wan Madihi berkata, ujian air kencing yang dijalankan ke atas semua suspek mendapati mereka positif methamphet­amin dan mereka kini ditahan untuk pemulihan lanjut yang dijalankan AADK Sarawak.

 ??  ?? PEGAWAI AADK Sarawak memeriksa barangan gelandanga­n berupa dadah di kawasan astaka padang ragbi MBKS.
PEGAWAI AADK Sarawak memeriksa barangan gelandanga­n berupa dadah di kawasan astaka padang ragbi MBKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia