Harian Metro

Pengundi meningkat

SPR warta 1.119 juta pengundi di Sabah, meningkat 120,165

- Avila Geraldine news@nstp.com.my

Kami biasanya akan melakukan perwartaan setiap suku (tiga bulan) dan orang ramai masih boleh mendaftar sebagai pengundi sebelum pemilihan”

Mohd Yeozree Izwan Jemil

Seramai 1.119 juta pengundi di Sabah diwartakan oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya dengan peningkata­n 120,165 pengundi sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Penolong Pengarah (Pengurusan) Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Sabah Mohd Yeozree Izwan Jemil berkata, bilangan pengundi terbaru itu berdasarka­n jumlah pengundi yang mendaftar hingga 31 Disember tahun lalu.

Menurut statistik SPR negeri, terdapat 998,844 pengundi diwartakan di Sabah ketika pilihan raya sebelumnya.

“Kami biasanya akan melakukan perwartaan setiap suku (tiga bulan) dan orang ramai masih boleh mendaftar sebagai pengundi sebelum pemilihan,” katanya pada sidang media mengenai persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di sini, semalam.

Menurut Mohd Yeozree, mereka yang mendaftar sebagai pengundi pada suku pertama (tahun ini) tidak semestinya boleh mengundi.

“Ia bergantung kepada arahan daripada ibu pejabat sama ada menggunaka­n pengundi yang diwartakan setakat suku ke empat tahun lalu,” katanya.

Beliau mengambil contoh pada PRU-13 pada 2013 di mana mereka hanya menggunaka­n pengundi yang diwartakan setakat suku keempat 2012.

Sementara itu, bercakap mengenai persediaan pilihan raya kali ini, Mohd Yeozree berkata, seramai 20,000 kakitangan yang akan bekerja sepanjang tempoh pilihan raya di negeri ini.

Bagaimanap­un, tenaga kerja ini akan meningkat sekiranya 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dicadangka­n dimasukkan dalam PRU akan datang.

“Kita menjangkak­an Penolong Pegawai Pengurus (ARO) meningkat dan Pegawai Pengurus (RO) akan mengenal pasti perkara ini. Buat masa ini, kita ada 60 kerusi (negeri) dan 20,000 kakitangan,” katanya.

Mohd Yeozree menegaskan persediaan berada dalam landasan yang betul iaitu dengan menekankan penyerahan barang mengikut jadual sementara pengurusan logistik seperti kenderaan, bot dan helikopter turut disediakan.

“Kami sudah bersedia dan tiada masalah besar di sini. Ia hanya soal memuktamad­kan kawasan tertentu. Kami telah memberi taklimat kepada para Pegawai Pengurus, ketua-ketua Tempat Mengundi, ejen-ejen pengundian dan pengiraan serta parti-parti politik.

Ketika taklimat media berlangsun­g, Yeozree turut memberi taklimat kepada media Sabah mengenai apa yang dibenarkan dan apa yang tidak patut dilakukan ketika pilihan raya.

 ??  ?? MOHD Yeozree bersama wakil pengamal media ketika taklimat persiapan Pilihan
Raya Umum ke-14 PRU-14.
MOHD Yeozree bersama wakil pengamal media ketika taklimat persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 PRU-14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia