Batas aurat Muslimah, wanita bukan Muslim
hendak betulbetul menjaga aurat antara wanita Islam dan bukan Islam apabila mereka ditempatkan dalam satu bilik seperti di asrama? Adakah apa-apa kelonggaran terutama bahagian rambut?
Diana, Kluang
dua pendapat yang jelas mengenai aurat wanita Muslimah dengan bukan Islam. Ia berdasarkan keadaan tertentu.
Pendapat pertama menyatakan, aurat Muslimah dalam perkara itu sama seperti aurat bersama lelaki lain kerana mereka dilarang untuk tinggal bersama.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Padahal kamu mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim terhadap diri mereka sendiri.” (Surah Ibrahim: 44-45).
Ahli tafsir menjelaskan, orang yang berlaku zalim terhadap diri mereka sendiri adalah orang kafir dan ahli maksiat. Orang Islam ditegah untuk tinggal bersama mereka.
Terdapat pendapat mengharuskan tinggal bersama orang bukan Islam kerana keadaan tertentu dan terpaksa.
Ini disebabkan terdapat bukan Islam yang mahu tinggal bersama-sama orang Islam yang dilihat toleransi. Dalam hal itu, setengah ulama membenarkan membuka aurat yang biasa sesama wanita seperti rambut, kaki dan seumpamanya.
Kesimpulannya, pendapat yang kuat ialah aurat Muslimah dengan wanita bukan Muslim sama seperti Muslimah bersama Muslimah yang lain.
Bagaimanapun, sebagai kemuliaan bagi wanita Islam, mereka tetap tidak boleh mendedahkan aurat kepada wanita bukan Islam.