MENANG PENUH EMOSI Kemenangan tak reda tekanan Wenger
AS Roma menewaskan Torino 3-0 awal pagi semalam pada aksi pertama Serie A sejak kematian kapten Fiorentina Davide Astori, yang meninggal dunia minggu lalu pada usia 31 tahun.
Kostas Manolas, Daniele De Rossi dan Lorenzo Pellegrini menjaringkan gol ketika Roma mencatat kemenangan kelima dalam enam perlawanan liga pada malam yang mana seluruh Stadio Olimpico memberikan penghargaan buat Astori yang juga bekas pemain Roma.
Peminat di ibu negara Itali itu memegang sepanduk bertulis “Ciao Davide” dan “hebatnya mempunyai anda bersama kami”, ketika pemain kedua-dua pasukan saling memaut lengan masing-masing dalam penghargaan penuh emosi sebelum sepak mula.
Penjaga gol Roma, Alisson menyelamatkan percubaan pemain Torino, Iago Falque dan Afriyie Acquah pada separuh masa pertama dan tuan rumah memecah kebuntuan pada minit ke-56 apabila pemain Greece, Manolas menanduk masuk hantaran Alessandro Florenzi.
Manolas menunjuk ke arah langit sebagai tanda menghormati Astori yang menyertai Roma pada musejak sim 2014-15 sebelum De Rossi menggandakan jaringan pada minit ke-73 dengan gol pertamanya London: Jack Wilshere mengakui tidak banyak yang dilakukan bintang Arsenal untuk meredakan tekanan yang dihadapi Arsene Wenger sebelum akhirnya bangkit untuk menumpaskan AC Milan.
Skuad Wenger menamatkan siri empat kekalahan berturut-turut apabila menang 2-0 di Milan dalam aksi pertama 16 terakhir Liga Europa kelmarin.
Ketika Arsenal tewas lapan daripada 13 perlawanan semua pertandingan, Wenger
Roma selesa atasi Torino walaupun dalam
‘mood’ tangisi pemergian Astori
bergelut untuk menyelamatkan kerjayanya menjelang kunjungan ke Itali.
Arsenal juga ketinggalan 13 mata daripada kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris dan kekalahan 0-3 kepada Manchester City pada final Piala Liga mendedahkan banyak kepincangan dalam skuad Wenger.
Menjuarai Liga Europa menjadi satu-satunya jalan buat Arsenal ke Liga Juara-Juara musim depan, satu sasaran yang dilihat penting dalam mempengaruhi pimpinan Arsenal terus mengekalkan Wenger.
“Kami sedar kami tidak cukup bagus. Kami menyedarinya,” kata Wilshere.
Selepas hampir 22 tahun mengendalikan Arsenal, kewibawaan Wenger semakin menjunam sejak beberapa tahun ini dan peminat Gunners mula berani menggesa supaya beliau dipecat.
“Jika ada yang memberitahu anda, anda tidak melakukan apa-apa untuk membuktikan sesuatu, mereka silap,” katanya. - AFP