REKOD LEBUR
JDT rencat hasrat TFC pertahan rekod tanpa kalah
Rekod tanpa kalah Terengganu FC (TFC) lebur selepas tumpas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.
Permainan pantas disajikan kedua-dua pasukan dengan masing-masing memperoleh peluang dan beberapa percubaan terbaik dalam tempoh 45 minit pertama ternyata menggamatkan suasana di stadium yang dibanjiri lebih 12,000 penyokong hitam putih.
Malah, beberapa aksi keras dipamerkan beberapa pemain kedua-dua pasukan itu turut menyaksikan pengadil Zulkarnain Zakaria terpaksa bekerja keras mengawal permainan terutama pada separuh masa pertama.
Terdahulu pada minit kelima pelawat nyaris di depan melalui tandukan Hariss Harun hasil sepakan percuma Nicolas Fernandez namun sedikit sipi di sebelah kanan pintu gol tuan rumah.
Tuan rumah juga berpeluang
Kuantan: membuka ‘akaun’ jaringan pada minit ke-11 menerusi Lee Tuck namun tendangan leret pemain itu terlalu lemah.
Selepas itu deretan peluang demi peluang yang diperolehrangkaian penyerang kedua-dua pasukan gagal diterjemahkan dengan jaringan selain keputusan pengadil yang dilihat tidak konsisten.
Bagaimanapun, pada minit ke-29, pelawat berjaya menggegarkan jaring tuan rumah yang dikawal penjaga gol berpengalaman, Suffian Rahman menerusi sepakan pertahanan, Marcos Antonio dalam kotak penalti berpunca daripada sepakan percuma Nicolas Alberto untuk mendahului 1-0.
Tersentak jaringan itu anak buah Irfan Bakti Abu Salim memperkemaskan asakan dan berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi Tchetche Kipre yang hanya berdepan dengan penjaga gol Farizal Marlias, namun bekas penjaga gol kebangsaan itu terlebih dulu bersedia apabila berjaya menahan bola rembatan kapten TFC itu menggunakan kaki.
Bersambung babak kedua perlawanan, tuan rumah yang berhajat untuk mengekalkan rekod tanpa kalah terus melancarkan gerakan dan peluang terbaik dimiliki pemain sayap Shahrul Aizad Zukufli pada minit ke-49 gagal menemui sasaran.
Pelawat yang dilihat memperlahankan gerakan dan lebih banyak bertahan pada babak kedua hampir berjaya menambah jaringan pada minit ke-83 tapi tandukan Safiq Rahim berjaya diselamatkan.