Harian Metro

Abang besar lagak samseng

 PERMAS kesal individu guna gelaran Ayahanda palsu ganggu ketenteram­an awam

- Yusmizal Dolah Aling dan Norizuan Shamsudin cnews@nstp.com.my

Mereka menyamar sebagai Ayahanda dan berlagak samseng dengan membuat kacau di beberapa kawasan, terbabit dalam kegiatan peras ugut serta menjaga lokasi tertentu sebagai ‘abang kawasan’ menyebabka­n imej pertubuhan berbaiah tercalar.

Kewujudan mereka yang layak digelar ‘Ayahanda piang’ ini bukan isu baru, malah ada individu berusia 20-an berlagak samseng dengan melakukan pelbagai kegiatan tidak bermoral sehingga ada yang sanggup membeli gelaran Ayahanda pada harga tertentu untuk kepentinga­n peribadi.

Mendedahka­n perkara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafaka­tan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) Yahya Long Ali berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai yang kurang senang dengan kehadiran puak tertentu membuat kacau sehingga mengganggu ketenteram­an khususnya di sekitar Lembah Klang.

Katanya, penggunaan gelaran Ayahanda oleh pihak tidak bertanggun­gjawab disedari sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dan ia dikesan semakin menjadi-jadi seolah-olah tiada garis panduan bagi pemegang status itu.

“Banyak penyamaran dikesan PERMAS dan kami mengambil tindakan kepada individu terbabit.

“Kami ada banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggunaka­n pelbagai gelaran termasuk Ayahanda.

“Kami juga mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa agama bagi memastikan setiap gerak laku berjalan seiring tuntutan agama.

“Tetapi apa yang dikesalkan ada lagi individu berbangga dengan gelaran Ayahanda dan menakut-nakutkan orang ramai, namun apabila disemak, dia bukan berstatus Ayahanda atau mendapat gelaran itu melalui lantikan sah,” katanya.

Yahya berkata, pimpinan tertinggi sesebuah pertubuhan berbaiah berhak melantik seseorang menjadi Ayahanda dengan mendapat persetujua­n daripada ketua di setiap negeri.

Menurutnya, setiap pertubuhan terbabit berhak menggunaka­n pelbagai gelaran berbeza dengan mengikut salasilah digunakan generasi terdahulu yang mengambil kira konsep permuafaka­tan untuk melantik atau memberi gelaran kepada mana-mana ahli.

“Tapi hari ini, ada yang guna sewenang-wenangnya. Mereka ghairah menjadi abang besar tanpa mengetahui susur galur jemaah berbaiah.

“Ada juga yang tanpa sebarang jawatan melantik pula orang lain memegang jawatan dengan pangkat tertentu sesuka hati. Ini yang menjadi masalah.

“PERMAS berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan perlu mengikut ketetapan sebagai NGO. Mana-mana ahli berdaftar perlu mematuhi etika sedia ada.

“Jika didapati melanggar peraturan, PERMAS juga bekerjasam­a dengan polis bagi memastikan mereka dihukum kerana melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang negara termasuk menjadi Ayahanda palsu,” katanya.

 ??  ?? YAHYA
YAHYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia