Harian Metro

Lindung golongan miskin tegar

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

 PruBSN Microtakaf­ul Jariyah bantu ringan beban 12,500 keluarga susah dari segi kewangan melalui perlindung­an takaful

Masih ramai tidak sedar mengenai kepentinga­n takaful dan insurans dalam kehidupan masa kini.

Kepentinga­n takaful keluarga atau insurans hayat menjadi semakin ketara dengan peningkata­n risiko yang dihadapi isi rumah yang kurang berkemampu­an seperti kos sara hidup yang semakin tinggi, tabungan rendah dan keberhutan­gan sekali gus mendedahka­n kumpulan ini kepada risiko bebanan ekonomi.

Dalam usaha membantu mengurangk­an beban isi rumah yang terbabit dari segi kewangan melalui perlindung­an Takaful, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) tampil dengan program PruBSN Microtakaf­ul Jariyah.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Nor Azman Zainal, berkata PruBSN Microtakaf­ul Jariyah adalah satu inisiatif yang ditawarkan melalui

PruBSN Prihatin iaitu badan amal yang bukan berasaskan keuntungan PruBSN.

Katanya, ia adalah yang pertama seumpamany­a di Malaysia di mana PruBSN membantu dengan menyediaka­n perlindung­an asas takaful keluarga bertempoh 12 bulan untuk golongan miskin tegar dan miskin tanpa sebarang bayaran.

“Dana bagi program ini dari dana amal PruBSN Prihatin yang bekerjasam­a dengan Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk mengenal pasti golongan miskin tegar dan miskin yang layak serta berdaftar dengan pangkalan data kemiskinan nasional eKasih dan turut membantu menguruska­n pengedaran perlindung­an Takaful ini ke seluruh negara.

“Program ini adalah komitmen kami dalam usaha membantu mengurangk­an beban isi rumah berikutan akses yang terhad kepada perkhidmat­an kewangan yang dilihat sebagai punca golongan miskin tegar dan miskin ini menjadi kumpulan paling terjejas apabila ketua isi rumah ditimpa musibah,” katanya.

Nor Azman berkata, PruBSN akan menyediaka­n perlindung­an takaful keluarga bertempoh 12 bulan secara percuma melalui produk PruBSN Microtakaf­ul Jariyah kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin yang berusia di antara 19 dan 50 tahun dan berdaftar dengan pangkalan data kemiskinan nasional eKasih.

Beliau berkata, perlindung­an takaful keluarga ini akan tamat selepas tempoh setahun dan perlindung­an untuk tahun ke seterusnya bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dana PruBSN Prihatin.

“Bagi PruBSN

Microtakaf­ul Jariyah, kami menyasarka­n ketua isi rumah miskin tegar dan miskin berumur di antara 19 dan 50 tahun yang berdaftar dengan pangkalan data kemiskinan nasional eKasih.

“Program ini akan memberi manfaat kepada 12,500 penerima terpilih di Semenanjun­g Malaysia dan proses pengedaran akan dilaksanak­an dalam beberapa fasa pada tahun ini,” katanya.

PruBSN Prihatin dan PruBSN juga menyediaka­n talian khas untuk penerima membuat sebarang pertanyaan dan penama memaklumka­n sebarang tuntutan dengan mudah dan berkesan dengan menghubung­i PruBSN Prihatin (03-20531199 dan Mikrotakaf­ul Unit (03-2053 1155.

Untuk maklumat lengkap mengenai PruBSN Mikrotakaf­ul Jariyah, boleh melayari www.prubsn.com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia